• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Nazrin Bimbang Pihak Manipulasi Undang-Undang

oleh
25/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menzahirkan kebimbangan terhadap golongan yang boleh memanipulasikan undang-undang di negara ini.

Titah baginda, apabila undang-undang dimanipulasikan, ia memberi kekebalan kepada pihak-pihak yang memiliki kuasa, memberi kelebihan dan melindungi pihak-pihak yang memiliki kekayaan.

Sultan Nazrin bertitah, perkara ini juga akan menyebabkan prosiding dan proses undang-undang boleh terhalang.

“Apabila terdapat ruang yang terlalu luas, membolehkan undang-undang dimanipulasikan, dikhuatiri, prosiding dan proses undang-undang boleh terhalang, lantas mewujudkan keadaan yang akan memberi kekebalan kepada pihak-pihak yang memiliki kuasa dan memberi kelebihan, melindungi pihak-pihak yang memiliki kekayaan,” titah baginda.

Baginda bertitah pada Majlis Konvokesyen ke-24 Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP), Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia (LPQB) di Dewan Tun Abdul Razak, Menara Kembar Bank Rakyat di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi LPQB dan Peguam Negara, Tommy Thomas.

Seramai 664 orang graduan CLP lulus pada tahun lalu dan menerima tauliah masing-masing hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tags: Sultan Nazrin Muizzuddin Shahundang-undang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Suspek Paling Dikehendaki Kes Tipu Kerja Kemboja Ditahan

Next Post

Jamal Hadir Mahkamah Naik Ambulans, Bawa ‘Drip Stand’

Related Posts

Gubal Undang-undang Pastikan Kerajaan Kekal Hingga Akhir Penggal – Ahmad Zahid

Gubal Undang-undang Pastikan Kerajaan Kekal Hingga Akhir Penggal – Ahmad Zahid

13/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Satu undang-undang khusus perlu digubal bagi membolehkan kerajaan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum (PRU), mentadbir dan bertahan...

AGC Hadapi Saman Goldman Mengikut Undang-Undang

AGC Hadapi Saman Goldman Mengikut Undang-Undang

12/10/2023
0

PUTRAJAYA : Malaysia menafikan semua dakwaan berhubung isu penyelesaian dana skandal dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti dibangkitkan dalam saman...

Next Post

Jamal Hadir Mahkamah Naik Ambulans, Bawa 'Drip Stand'

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd