• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Johor Tiada Pengaruh Pelantikan Exco Baharu

oleh
22/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tidak mempunyai pengaruh dalam pelantikan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Johor, tegas Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, pelantikan itu sebaliknya merupakan keputusan oleh pihak Pakatan Harapan (PH) Johor.

“Sultan tidak mempunyai pengaruh. Saya rasa ia adalah keputusan PH Johor,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Konvensyen Orang Asli Kebangsaan 2019 ‘Memartabatkan Hak Orang Asli’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Konvensyen itu merupakan inisiatif kerajaan untuk mengkaji dan menambah baik peranan serta keperluan sistem pentadbiran dalam menjaga hak dan kepentingan Orang Asli seperti dinyatakan dalam Manifesto Harapan, Janji 38 iaitu ‘Membela nasib Orang Asli di Semenanjung Malaysia’.

Upacara angkat sumpah Exco yang baharu dilaporkan berlangsung di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor pagi ini.

Sementara itu, Perdana Menteri juga ditanya berhubung desakan pemimpin DAP agar kerajaan menghentikan amalan mengutamakan pelajar-pelajar bumiputera dalam program matrikulasi.

Dr. Mahathir berkata: “Kita akan kaji permasalahan ini.”

Pengarah Biro Hal Ehwal Universiti Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Leong Yu Shen dilaporkan hari ini sebagai berkata, amalan terbabit bertentangan dengan jaminan Perlembagaan Persekutuan untuk tidak mendiskriminasi rakyat. – UTUSAN ONLINE

Tags: Exco JohorMahathir MohamadSultan Ibrahim Sultan Iskandar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Hentikan Kenderaan Di Tengah Jalan, Pemandu EXCO Johor Diberi Amaran

Tular Hentikan Kenderaan Di Tengah Jalan, Pemandu EXCO Johor Diberi Amaran

24/08/2024
0

JOHOR BAHRU : Pemandu kepada seorang EXCO kerajaan negeri yang menghentikan kenderaan di tengah jalan untuk menegur seorang pemandu lain...

Sultan Ibrahim Tegur Persekitaran Flat Kos Rendah Di Johor kotor

Sultan Ibrahim Tegur Persekitaran Flat Kos Rendah Di Johor kotor

18/05/2023
0

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan perasaan kecewa terhadap keadaan bangunan, penyelenggaraan serta tahap kebersihan flat-flat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd