• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siapa Ketua Hakim Negara?

oleh
22/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang hakim wanita antara tiga nama yang dihantar kepada Majlis Raja-Raja untuk dipertimbangkan bagi menggantikan bekas Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum.

Memetik laporan Malaysiakini, hakim wanita tersebut ialah Hakim Mahkamah Persekutuan, Tengku Maimun Tuan Mat yang dihantar Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC).

Sekiranya dilantik menjadi Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun akan menjadi ketua hakim wanita pertama negara.

Menurut portal itu lagi, nama kedua yang dihantar ialah Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Azahar Mohamed, seorang tokoh dalam bidang kehakiman yang sudah berkhidmat selama 40 tahun.

Sementara itu, Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Idrus Harun yang dilantik pada November tahun lalu menjadi nama ketiga yang dihantar kepada Majlis Raja-Raja.

Idrus ialah abang kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun dan pernah berkhidmat sebagai ketua peguam cara negara dan penasihat undang-undang kepada SPR serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Malanjum bersara sebagai Ketua Hakim Negara pada 12 April lalu selepas menyandang jawatan itu selama sembilan bulan.

Dalam pada itu, Singapore Straits Times yang memetik sumber berkata, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyerahkan nama calon pada awal bulan lalu kepada Yang di-Pertuan Agong, namun tidak mendapat perkenan.

Kemudian pada Jumaat lalu, Dr. Mahathir berkata, pencalonan pengganti Malanjum sedang menunggu perkenan Majlis Raja-Raja.

“Kelihatannya terdapat peruntukan untuk pelantikan tersebut diserahkan kepada Majlis Raja-Raja Melayu dan bukan sahaja Agong.

“Kami telah memaklumkan kepada Agong. Terdapat keperluan untuk (baginda) memaklumkan kepada raja-raja yang sedang dilakukan sekarang dan kami sedang menunggu Majlis Raja-Raja Melayu untuk memberi perkenan,” kata Dr. Mahathir pada 19 April lalu. – Sinar Harian

Tags: Ketua Hakim NegaraMajlis Raja-RajaYang di-Pertuan Agong
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Fenomena Cuaca Panas: Agong Nasihat Rakyat Ambil Langkah Berjaga-Jaga

Fenomena Cuaca Panas: Agong Nasihat Rakyat Ambil Langkah Berjaga-Jaga

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, bertitah menasihatkan rakyat supaya mengambil langkah berjaga-jaga berikutan keadaan cuaca panas yang...

KPM Junjung Titah Yang Di-Pertuan Agong

KPM Junjung Titah Yang Di-Pertuan Agong

19/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menjunjung kasih atas titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang menyentuh mengenai pendidikan negara sempena...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd