• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Sebab Mufti Perlis Pekak,” Kata Mahathir

oleh AK-47
30/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad membidas Mohd Asri Zainul Abidin sebagai “pekak” selepas mufti Perlis itu mendakwa suara “mempertahankan Islam” sukar kedengaran dalam kalangan pemimpin pentadbiran hari ini.

Mahathir berkata sekiranya Asri boleh mendengar, sudah tentu dia tahu tentang pelbagai perkara yang dilakukan kerajaan sekarang demi Islam dan umatnya.

“Sebab dia pekak. Kalau dia boleh dengar, kita buat macam-macam untuk orang Islam, dan agama Islam. Tetapi dia tidak dengar,” katanya ketika ditemui selepas majlis Persatuan Pertubuhan Pengurusan Asia (AAMO) ke-20 hari ini.

Perdana menteri diminta memberikan reaksi kepada kenyataan Asri hari ini, di mana beliau berkata suara mempertahankan Islam sukar kedengaran dalam kalangan yang memimpin pentadbiran hari ini melainkan sejumlah kecil.

Asri dalam catatannya membidas penahanan Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu yang didakwa menghina agama Hindu, dalam satu ucapan di Masjid As Siddiqin di Kampung Panchor, Kelantan pada 30 Disember tahun lalu.

Beliau berkata Zamri ditangkap walaupun berkongsi pengalaman peribadi menukar agama, tetapi individu-individu dalam kerajaan yang dianggap menghina orang Islam dan menimbulkan ketegangan kaum “hanya dipanggil untuk beri keterangan”.

“Realiti ini menjadikan rakyat makin akur bahawa Islam berada dalam keadaan yang tidak begitu selamat di bawah pentadbiran hari ini,” kata mufti Perlis itu.

Zamri disiasat bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana mengganggu keharmonian dan mengeluarkan kata-kata menghina. – FMT

Tags: Mahathir MohamadMohd Asri Zainul Abidin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd