• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saman AWAS: Kalau Pemandu Ingin Buang Air Besar?

oleh
08/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Bagaimanakah sekiranya pemandu terpaksa memandu laju kerana tiba-tiba sakit perut dan ingin membuang air besar, namun disaman selepas kelajuan itu dirakamkan oleh kamera Sistem Kesedaran Keselamatan Automatik (AWAS)?”

Persoalan yang dibangkitkan Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat mengundang ketawa dalam kalangan ahli Parlimen.

“Kalau ada perkara-perkara kecemasan yang kita terpaksa laju contohnya isteri nak bersalin, kita nak ‘melepas’, jadi kalau macam tu apa caranya untuk kita buktikan. Soalan nampak lucu tetapi memang ada pengguna jalan raya tiba-tiba sakit perut dan nak melepas (membuang air besar) terpaksa (memandu) laju,” katanya.

Kedengaran seorang ahli Parlimen juga berjenaka dengan bertanya sama ada Ismail pernah melalui pengalaman seumpama itu.

Menjawab soalan Ismail itu, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata beliau yakin pihak berkuasa akan memahami situasi dialami pemandu itu.

“Apabila akhirnya disaman dan terpaksa ke mahkamah, jawapan-jawapan yang seperti itu sudah tentu diambil kira oleh hakim-hakim Mahkamah Majistret,” katanya sambil ketawa.

Tags: AWASDewan Rakyatsaman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

Dewan Rakyat Kecoh Perang Mulut Shahidan-Rayer

Dewan Rakyat Kecoh Perang Mulut Shahidan-Rayer

05/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Kenyataan seorang Ahli Parlimen pembangkang yang mempertikaikan standard Parlimen dan mengaitkan dasar apartheid dalam pengagihan peruntukan menjadikan sesi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd