• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rantau Kukuhkan Kerjasama UMNO, PAS

oleh
14/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

REMBAU – Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau sebagai istimewa kerana buat pertama kalinya jentera PAS bergabung dengan UMNO.

Beliau berkata, sepanjang kempen PRK tersebut jentera PAS bergerak mengikut gerak kerja yang diatur oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Saya rasa kerjasama kita semakin hari semakin kuat, malah PAS tidak ada jentera sendiri semasa PRK ini.

“Kita bergabung terus dengan UMNO dengan melaksanakan apa yang telah dirancang bagi memenangkan Mohamad.

“PRK Rantau ini adalah kertas uji bagi mengukur tahap kerjasama antara Pas dan UMNO di bawah agenda perpaduan ummah,” katanya ketika ditemui di pusat penjumlahan rasmi PRK DUN Rantau di Dewan Serbaguna Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bandar Sri Sendayan di sini.

Calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan diumumkan menang dengan majoriti 4,510 undi mengatasi calon Pakatan Harapan, Dr. S. Streram dan dua calon Bebas, Mohd. Nor Yassin dan R. Malarvizhi.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, pelan strategik dan syarat-syarat kerjasama rasmi antara UMNO dan PAS akan dibincangkan dalam mesyuarat kedua-dua parti yang dijadual pada 17 April ini sebelum ia dimuktamadkan.

Beliau memberitahu, PAS sudah mempunyai hubungan rasmi yang baik dengan MIC dan akan mengatur pertemuan antara MCA dengan kerajaan PAS Terengganu dan Kelantan dalam masa terdekat.

Katanya, pertemuan itu bagi membolehkan MCA memahami dasar dan pendekatan PAS sekali gus mewujudkan persefahaman yang akan menguntungkan kedua-dua pihak. – UTUSAN ONLINE

Tags: Barisan NasionalPASPRK RantauUMNO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pengundi Rantau Telah Bersuara

Next Post

Hadi Bersyukur Tok Mat Jadi Pilihan Pengundi Majmuk

Related Posts

UMNO Belum Terima Usul Tarik Balik Penggantungan Keahlian Hishammuddin – Azalina

UMNO Belum Terima Usul Tarik Balik Penggantungan Keahlian Hishammuddin – Azalina

23/06/2025
0

SHAH ALAM: Semua UMNO Bahagian berhak menyuarakan usul dan pandangan masing-masing termasuk berhubung penarikan semula penggantungan keahlian Datuk Seri Hishammuddin...

Usul Tarik Balik Gantung Keahlian Hishammuddin Perlu Dibawa Ke Majlis Tertinggi UMNO – Johari

Usul Tarik Balik Gantung Keahlian Hishammuddin Perlu Dibawa Ke Majlis Tertinggi UMNO – Johari

22/06/2025
0

Kuala Kangsar: Usul untuk menarik balik penggantungan keahlian UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang dibangkitkan oleh perwakilan UMNO Sembrong perlu...

Next Post

Hadi Bersyukur Tok Mat Jadi Pilihan Pengundi Majmuk

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd