• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rafizi Dedah Sebab Lama Duduk Dalam ‘Gua’

oleh
11/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan sebab ‘kehilangannya’ selepas PRU14 sehingga dituduh pembangkang ‘duduk di dalam gua’.

Membuat penampilan pertama dalam ceramah umum sempena PRK DUN Rantau malam tadi, Rafizi berkata, beliau sudah lama tidak muncul di pentas ceramah kerana ingin berehat.

“Ada orang BN dan PAS cakap, lepas menang Rafizi banyak tipu… dia sudah malu, duduk dalam gua. Sebab itu dia tak keluar ceramah.

“Saya tidak ceramah 10 bulan sebab saya nak rehat,” katanya dalam ceramah umum PH di pekan Rantau di sini, malam tadi.

Turut hadir, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dan calon PH, Dr. S Streram.

Selain itu, Rafizi mengakui kehilangannya di pentas politik adalah mahu meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.

“Bila sudah menang, anak saya usia lima tahun masuk tadika.

“Kalau saya tak ambik masa dua tiga tahun (rehat), saya tak akan ada peluang tengok anak saya masuk sekolah,” katanya.

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu turut mengejutkan hadirin apabila memberitahu mengalami masalah kesihatan berkaitan hati.

“Saya bukan sakit hati kepada pembangkang atau kerajaan. Tetapi saya memang ada sakit pada hati.

“Doktor syak ada masalah keradangan pada hati dan esofagus ada ulser. Doktor suruh saya rehat dua tiga tahun tapi sebab tinggal tiga hari saja untuk berkempen, saya turun juga ke Rantau,” katanya. – Sinar Harian

Tags: PKRPRK RantauRafizi Ramli
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Agih RM2.7 Bilion Kepada Peneroka Tidak Membazir

Next Post

Kertas Putih Felda Di Laman Awam Sehari Sebelum Bentang?

Related Posts

Rafizi Umum Letak Jawatan Berkuat Kuasa 17 Jun

Rafizi Umum Letak Jawatan Berkuat Kuasa 17 Jun

28/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan daripada Jemaah Menteri kepada Perdana Menteri....

Seorang Lagi Pemimpin PKR Berundur Kabinet, Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri

Seorang Lagi Pemimpin PKR Berundur Kabinet, Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri

28/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada...

Next Post

Kertas Putih Felda Di Laman Awam Sehari Sebelum Bentang?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd