• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Kontroversi Tambak Laut Selatan P.Pinang Lulus

oleh
19/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PULAU PINANG – Projek kontroversi tambak laut bagi membentuk tiga buah pulau buatan di perairan selatan negeri ini mendapat persetujuan pelaksanaannya oleh Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN).

Perkara itu diumumkan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow yang memaklumkan, MPFN yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menimbang dan bersetuju dengan pelaksanaannya dengan mematuhi 18 nasihat yang ditetapkan.

Tambah beliau, cadangan projek itu dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi menjana pembangunan ekonomi negeri dan membiayai pelaksanan Pelan Induk Pengangkutan (PIP) Pulau Pinang.

“Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mematuhi nasihat MPFN dan ulasan jabatan teknikal yang berkaitan apabila melaksanakan projek ini selari dengan Seksyen 2A(2)(b) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kerajaan negeri sebelum ini mengumumkan pelaksanaan projek tambakan laut seluas kira-kira 1,800 hektar itu di Permatang Damar Laut di sini bagi membina tiga pulau buatan untuk tujuan pembangunan.

Mengikut perancangan, pulau buatan itu akan dijual bagi mendapatkan modal untuk melaksanakan komponen projek di bawah PIP yang bernilai RM46 bilion termasuk projek Lebuhraya Pan Island Link 1 (PIL 1).

Minggu lalu, Kon Yeow turut mengumumkan kerajaan negeri sudah mendapat kelulusan Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) daripada Jabatan Alam Sekitat (JAS) untuk melaksanakan PIL 1 yang bernilai RM7 bilion pada 10 April lalu. – UTUSAN ONLINE

Tags: DAP Pulau PinangPermatang Damar LautProjek Tambak Laut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Pemotongan Pokok Gaduh Dengan Timbalan Ketua Menteri

Pekerja Pemotongan Pokok Gaduh Dengan Timbalan Ketua Menteri

04/12/2025
0

Satu insiden pertikaman lidah dilaporkan berlaku antara pekerja pemotongan pokok dengan Exco negeri merangkap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang,...

Persatuan Nelayan Harap Anwar Dengar Rayuan Batalkan Projek Tambak Laut

Persatuan Nelayan Harap Anwar Dengar Rayuan Batalkan Projek Tambak Laut

27/11/2022
0

GEORGE TOWN : Persatuan Nelayan Pulau Pinang (PenMutiara) berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendengar rayuan komuniti nelayan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd