• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Teliti Rakaman CCTV Nahas Bas Kilang

oleh
09/04/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dalam usaha untuk mengenal pasti punca kemalangan bas yang mengorbankan 12 mangsa di Jalan S8 Pekeliling dekat MASkargo Sdn. Bhd. (MASkargo) di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah berkata, beliau berharap rakaman CCTV itu dapat membantu pihak polis dalam meneruskan siasatan kemalangan tersebut.

Jelasnya, polis juga sedang mengenal pasti punca kejadian tersebut melalui keterangan daripada mangsa yang terselamat dalam nahas itu.

“Sehingga semalam, seramai enam mangsa yang selamat telah memberi keterangan dan kita menjangkakan sembilan orang lagi akan memberi keterangan hari ini.

“17 mangsa yang selamat sedang dirawat di wad Hospital Serdang iaitu tujuh orang, Hospital Putrajaya (6), Hospital Banting (2), Hospital Kajang (1) dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (1),” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Menurut Zulkifli, tiga daripada enam mangsa yang dirawat di Hospital Putrajaya kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) namun mereka dilaporkan stabil.

Akhbar Kosmo! hari ini melaporkan seramai 11 pekerja asing dan seorang pemandu bas terbunuh selepas bas kilang yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam longkang.

Kejadian tersebut berlaku ekoran bas tersebut dipercayai tersilap jalan dengan mengambil laluan lain untuk menghantar 43 orang pekerja ke MASkargo.

Nahas itu mengorbankan lapan lelaki dan empat wanita masing-masing warga Indonesia, dua warga Nepal, lima warga Bangladesh dan seorang rakyat tempatan.

Mengulas lanjut, jelas Zulkifli, sehingga semalam , 10 daripada 12 mayat mangsa termasuk pemandu bas yang maut telah menjalani proses pengecaman di hospital.

Jelasnya, dua lagi mayat masih belum menjalani proses pengecaman ekoran tiada rakan atau saudara-maranya tampil untuk membantu. – K! ONLINE

Tags: kemalangan mautnahas bas kilang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd