• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Perlukan 6 Bulan Lagi Untuk Buat Kerja – Daim

oleh
15/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerlukan enam bulan lagi untuk memulihkan negara selepas mengambil alih pentadbiran Mei tahun lalu, kata Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin.

Beliau berkata, dalam tempoh itu PH perlu berdepan dengan rakyat dan memberi penerangan yang tepat terutama dalam hal ekonomi agar mereka faham situasi semasa.

Katanya, kekalahan PH dalam pilihan raya kecil (PRK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Negeri Sembilan semalam juga adalah cabaran yang harus ditangani memandangkan rakyat tidak mampu bersabar dengan situasi semasa.

“Saya rasa kerajaan perlu tempoh masa enam bulan lagi untuk membetulkan keadaan bukan sahaja tumpu kepada pembangunan ekonomi, tetapi pelbagai isu. Ini rakyat perlu faham,” katanya kepada pemberita selepas Program Bicara Darul Iman yang turut dihadiri Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, di sini hari ini.

Daim berkata, walaupun memahami rakyat mahu melihat perubahan, namun kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk meneliti dan menimbang sebaik mungkin sesuatu isu termasuk berhubung kedudukan ekonomi dan kewangan negara.

“Kerajaan banyak masalah* fikir tentang keselamatan, hubungan luar dan pertahanan* esok (kemudian nanti) kalau jadi apa-apa, rakyat marah kerajaan juga. Nak turunkan harga barang tu memang boleh* kita buat kajian macam mana nak turunkan harga. Insyaallah tak lama lagi akan turun, saya ingat dalam masa enam bulan lagi banyak perkara akan jadi lebih stabil,” katanya.

Beliau turut mengaitkan kekalahan Pakatan Harapan (PH) di PRK DUN Rantau semalam mungkin sebahagian manifestasi kemarahan rakyat terhadap kerajaan disebabkan kenaikan harga barang yang puncanya tidak diketahui oleh rakyat.

Ditanya sama ada persepsi rakyat terhadap prestasi kerajaan akan bertambah baik pada masa akan datang, beliau berkata ia akan berlaku sebaik sahaja kerajaan dapat menyelesaikan permasalahan rakyat seperti kenaikan kos sara hidup dan melaksanakan janji-janji manifesto pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

“Bukannya susah hendak terangkan kepada rakyat. Kalau tak boleh buat cakap tak boleh buat. Bagi tahu kepada rakyat apa sebab tak boleh buat (sesuatu perkara), mesti ada sebab. Takkan kalau boleh buat tapi kerajaan tak nak buat, itu yang penting untuk dijelaskan kepada rakyat,” katanya.

Tags: Daim Zainuddinpakatan harapan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pelan Baharu Projek ECRL Mengecewakan

Next Post

Facebook, Instagram, WhatsApp ‘Down’ Lagi Satu Dunia

Related Posts

SPRM Sahkan Siasat Daim Atas Dakwaan Rasuah, Pengubahan Wang Haram

SPRM Sahkan Siasat Daim Atas Dakwaan Rasuah, Pengubahan Wang Haram

24/12/2023
0

SPRM mengesahkan penyitaan Menara Ilham di Kuala Lumpur baru-baru ini berkaitan siasatannya atas dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram terhadap...

Penganalisis: PSB Pesaing Terdekat GPS, Bukan PH

16/12/2021
0

PRN SARAWAK | Parti Sarawak Bersatu (PSB) dilihat sebagai pencabar terdekat gabungan pemerintah, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam pilihan raya...

Next Post

Facebook, Instagram, WhatsApp 'Down' Lagi Satu Dunia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd