• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertuduhan Berkaitan SRC International Cacat

oleh
09/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan notis usul untuk mengisytiharkan tujuh pertuduhan berhubung dana syarikat SRC International Sdn. Bhd. (SRC International) berjumlah RM42 juta yang dihadapinya adalah cacat.

Dalam permohonan notis usul yang difailkan pada 3 April lalu, Ahli Parlimen Pekan itu memohon supaya tujuh pertuduhan yang dikenakan terhadapnya itu, digantung atau dibatalkan atas alasan ia adalah cacat selain ia adalah satu proses penyalahgunaan mahkamah.

Timbalan Pendakwa Raya, Budiman Lutfi Mohamed ketika ditemui pemberita selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Mahyudin Mohmad Som berkata, pihak pendakwaan telah menerima notis usul dan afidavit permohonan Najib hari ini.

“Pihak pendakwaan akan memfailkan afidavit balasan pada 15 April dan pembelaan pada 19 April. Kedua-dua pihak juga perlu memfailkan hujahan masing-masing pada 22 April. Pendengaran notis ini masih belum ditetapkan,” katanya.

Turut hadir pada prosiding hari ini ialah peguam Muhammad Farhan Muhammad Shafee yang mewakili Najib.

Pada hari pertama perbicaraan SRC International pada 3 April lalu, peguam Tan Sri Muhammad Shafee yang mewakili Najib, memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pihaknya memfailkan notis usul bagi mencabar pertuduhan itu.

Najib, 66, didakwa pada 4 Julai tahun lalu atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan salah guna kuasa membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Pada 8 Ogos 2018 pula, beliau dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah dan dari dana sama. Perbicaraan kes itu akan bersambung pada 15 April ini. – UTUSAN ONLINE

Tags: Najib Tun RazakSRC International
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Saya Bukan Hakim” – Pengerusi SPR

Next Post

Cukai Perkhidmatan Digital Bermula 1 Januari 2020

Related Posts

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

05/05/2023
0

Kuala Lumpur : Suspek skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd dicekup di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala...

SRC International: Keputusan Permohonan Kebenaran Semakan Najib 31 Mac

SRC International: Keputusan Permohonan Kebenaran Semakan Najib 31 Mac

13/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Keputusan permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan rayuan akhirnya akan...

Next Post

Cukai Perkhidmatan Digital Bermula 1 Januari 2020

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd