• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Pengiktirafan UEC: Kecelaruan Antara Kaum”

oleh
01/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

1. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia menzahirkan rasa kecewa dengan kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, yang membuat pengumuman mewakili Peguam Negara, Tommy Thomas, bahawa Peperiksaan Amalan SIjil Guaman (PSAG) akan menerima pakai kelayakan UEC pada tahap Senior Middle 3 bermula 1 Januari 2021.

2. Ini bermakna, kelayakan Sijil Peperiksaan Bersepadu atau UEC pada tahap Senior Middle 3 boleh diterima memenuhi syarat kelayakan di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi menduduki Peperiksaan Amalan Sijil Guaman. Secara automatiknya UEC dilihat boleh menggantikan pendidikan nasional STPM. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia berpendirian bahawa Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan bertukus-lumus memperjuangkan agenda UEC. Persoalannya, apa itu UEC dan sejarah UEC? Rakyat seluruh Malaysia perlu mendalami sejarah UEC itu sendiri.

3. Isu pengiktirafan sijil ini hangat diperdebatkan oleh semua gologan masyarakat, termasuk golongan pendidik dan pengkaji sejarah tanah air. Amat malang apabila UEC juga menjadi alat politik Pakatan Harapan untuk meraih sokongan kaum Cina. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia ingin menekankan bahawa isu UEC adalah isu pendidikan nasional, bukannya isu politik atau perkauman.

4. Selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, kerajaan pada ketika itu sedar bahawa pendidikan merupakan alat terbaik untuk menyatupadukan semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa. Bagi tujuan perpaduan nasional, kerajaan mencadangkan penyatuan sistem pendidikan yang terdiri daripada pelbagai aliran. Kerajaan Malaysia kerajaan akan membiayai segala kos pendidikan sekolah-sekolah dan mengawal sukatan pelajaran agar mengikut standard yang sama. Namun, usaha ini ditolak segelintir masyarakat Cina hingga mereka membentuk Sekolah Persendirian Cina, di bawah Dong Zong.

5. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia berpandangan adalah tidak adil kepada seluruh rakyat Malaysia yang lain, terutama berbangsa Cina yang melanjutkan pelajaran ke Sekolah Jenis Kebangsaan sekiranya kerajaan mengiktiraf dan memberi layanan sama rata kepada lepasan sijil UEC-SML seperti lulusan sijil pendidikan nasional, SPM dan STPM untuk kemasukan ke institusi pengajian awam.

6. Menteri Pendidikan masih mahu melakukan kajian terperinci, tetapi Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, telah mendahului membuat pelbagai pengumuman satu pihak unilateral. Jelas bahawa Menteri Pendidikan kini dilihat tidak bermaya dalam menangani isu UEC apabila didesak oleh “abang besar”. Dasar Pendidikan Kebangsaan kini dilihat telah diperkotak-katikkan apabila Sekolah Persendirian Cina yang menolak bahasa kebangsaan, Bahasa Melayu, sebagai bahasa pengantar sukatan pelajaran, telah diiktiraf.

7. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia juga mendesak Menteri Pendidikan untuk mengeluarkan kenyataan media, bukan berdolak-dalik mengelak soalan wartawan apabila ditanya isu besar sebegini. Implikasi kepada sistem pendidikan negara kita amat besar. Jika diiktiraf, Malaysia bakal mempunyai dua sistem pendidikan kebangsaan yang mempunyai silibus pendidikan dan bahasa pengantar yang berbeza. Bagaimanakah perpaduan nasional diwujudkan apabila anak-anak kita dipisahkan melalui sistem pendidikan?

Demi Bangsa Malaysia!

Shahir Adnan
Ketua Pemuda Parti IKATAN Bangsa Malaysia

Tags: PSAGShahir AdnanUEC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Semua Aliran Pendidikan Termasuk Sekolah Agama, UEC Wajib Ambil BM, Sejarah Dalam SPM – PM Anwar

Semua Aliran Pendidikan Termasuk Sekolah Agama, UEC Wajib Ambil BM, Sejarah Dalam SPM – PM Anwar

20/01/2026
0

PUTRAJAYA: Semua sekolah pelbagai aliran pendidikan termasuk sekolah antarabangsa, sekolah agama serta sekolah dalam aliran Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) diwajibkan...

“Isu Air Di Kelantan”

22/03/2021
0

ISU air di Kelantan sememangnya masih menjadi topik hangat untuk diperkatakan. Ada sesetengah pihak yang menjadikan isu air di Kelantan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd