• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda UMNO Desak Tubuh RCI Siasat TH

oleh
08/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak agar kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat segala dakwaan dan salah laku yang berlaku di dalam pengurusan Tabung Haji (TH) yang lalu.

Ketua Pemuda UMNO, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, desakan menubuhkan RCI adalah berdasarkan rasional berikut:

1. Dakwaan pemberian hibah oleh pengurusan terdahulu yang tidak mematuhi Akta Tabung Haji 1995 selama 4 tahun terdahulu adalah suatu yang amat serius dan boleh menjejaskan keyakinan dan kepercayaan umat Islam terhadap institusi ini.

2. Dakwaan pemimpin-pemimpin Kerajaan Pakatan Harapan yang menuduh wujudnya kerugian besar berjumlah RM10 bilion yang disembunyikan juga amat serius kerana setiap tahun TH diaudit dan diabsahkan penyediaan laporan kewangannya oleh Jabatan Audit Negara sebelum dibentangkan di Parlimen. Justeru jika benar wujud penyelewengan dan manipulasi akaun, maka Jabatan Audit Negara perlu disiasat dan apa jua laporan yang disahkan perlu ditarik balik daripada Parlimen.

3. Pertikaian dalam kaedah penilaian aset antara Pengurusan Lama dan Baharu TH sehingga menatijahkan kesan besar terhadap keseimbangan aset dan liabiliti juga memerlukan penyiasatan tuntas sama ada benar berlaku salah laku sebagaimana yang didakwa. Perbezaaan ketara dalam kaedah menilai aset inilah yang membolehkan hibah dibayar selama ini oleh Pengurusan Lama dan dianggap bertentangan dengan Akta Tabung Haji oleh Pengurusan Baharu.

4. TH sebagai Badan Berkanun yang turut dikawal selia melalui Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 yang memberikan kuasa kepada Menteri untuk menentukan kaedah penyediaan akaun dan laporan kewangan termasuk metadologi penilaian aset perlu juga disiasat sama ada segala urusan penyediaan akaun dan laporan kewangannya benar-benar mematuhi Akta ini. Akta ini juga mewajibkan Badan-badan Berkanun termasuk TH untuk mengemukakan sebarang cadangan penyediaan akaun termasuk kaedah penilaian aset kepada Ketua Audit Negara. Justeru segala dakwaan mengenai kesalahan kaedah penilaian aset, sebagai contoh tidak mengambil kira sorot-nilai (impairment) juga boleh dikaitkan dengan kredibiliti Jabatan Audit Negara.

5. Terdapat juga dakwaan yang mengaitkan pelbagai kerugian pelaburan TH yang dikaitkan dengan penyelewengan dan pelbagai salah laku seperti TH Heavy Engineering, Putrajaya Perdana, FGV dan PT TH Indo Plantation di Riau memerlukan siasatan terperinci agar rakyat mendapat gambaran sebenar sama ada ia merupakan kesalahan jenayah atau kelemahan tadbir urus organisasi atau kerugian biasa pelaburan.

6. Penubuhan RCI ini juga amat penting untuk menjernihkan kekusutan masyarakat terhadap fenomena saling tuduh menuduh dan salah menyalah sehingga menjejaskan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap TH sekaligus mengelakkan institusi yang besar maknanya kepada umat Islam runtuh.

Asyraf Wajdi berkata, berdasarkan rasional-rasional di atas, maka Pergerakan Pemuda UMNO sekali lagi mendesak agar RCI mengenai TH dapat segera ditubuhkan.

“Ini juga terkait dengan kredibiliti Jabatan Audit Negara dan institusi Parlimen yang dipertanggungjawabkan untuk mengawal selia Badan-badan Berkanun termasuk TH sebagaimana yang di peruntukkan di bawah Akta Parlimen,” kata beliau. – UTUSAN ONLINE

Tags: Pemuda UMNORCITabung Haji
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MB Johor Selesai Bertemu Dengan Mahathir

Next Post

Isteri VVIP Tidak Beli Berlian Merah Jambu

Related Posts

SUHAKAM Tuntut Penubuhan Segera RCI Siasat GISBH

SUHAKAM Tuntut Penubuhan Segera RCI Siasat GISBH

11/10/2024
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menuntut penubuhan segera Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyiasat dakwaan pelanggaran hak asasi...

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Kebenaran Dr Mahathir Supaya RCI Dibuka Kepada Orang Awam

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Kebenaran Dr Mahathir Supaya RCI Dibuka Kepada Orang Awam

12/06/2024
1

Kuala Lumpur : Mahkamah Tinggi menolak permohonan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi perintah supaya prosiding...

Next Post

Isteri VVIP Tidak Beli Berlian Merah Jambu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd