• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Tahfiz Lemas Dijumpai, Rakan Masih Hilang

oleh
26/04/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Mayat seorang daripada dua pelajar tahfiz yang dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Kampung Shaari, Simpang Renggam dekat Kluang, petang semalam, ditemui hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohd Abduh Ismail berkata, mayat Mohd Ammar Mazeni, 13, ditemui kira-kira 5.20 pagi tadi kira-kira dua kilometer dari tempat dia dilaporkan mandi dan hanyut.

“Pasukan bomba bersama pihak keluarga dan penduduk setempat berjaya menemukan satu mayat pelajar tersangkut di rumput (Mohd Ammar) di dalam sungai Kampung Chokro, Simpang Renggam, kira-kira dua kilometer dari tempat pelajar tersebut mandi dan hanyut.

“Mayat berkenaan kemudian dikenal pasti oleh bapa Mohd Ammar, Mazeni Kasman,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mohd Abduh berkata, Mohd Ammar yang berasal dari Kampung Isnin Maarof, Simpang Renggam disahkan telah meninggal dunia ketika ditemui dan mayatnya dibawa ke Hospital Enche’ Besar Hajah Khalsom, Kluang untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata, terdahulu, usaha mengesan Mohd Ammar dan seorang lagi rakannya yang masih hilang, Mohd Danish Mirzan Muhammad Said, 16, giat dilakukan sejak 6 petang semalam oleh polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), sukarelawan serta penduduk setempat.

Katanya, pasukan penyelamat telah berusaha mencari mereka dengan menyusuri sungai berulang kali bermula dari tempat kedua-dua pelajar itu mandi hingga ke pintu air Ulu Sungai Benut.

Pihak bomba turut mendirikan khemah di kawasan berhampiran jambatan pintu air Ulu Sungai Benut.

“Pada 11.30 malam tadi juga, pihak SAJ Ranhill telah membuka tiga pintu air menyebabkan air sungai di kawasan hulu surut sebagai langkah membantu di dalam usaha pencarian,” katanya dengan menambah usaha kini sedang diteruskan bagi mencari Mohd Danish Mirzan.

Semalam, Mohd Ammar dan Mohd Danish Mirzan dari Sekolah Tahfiz Assidiq Gufran, Simpang Renggam, dikatakan mandi bersama enam lagi rakan mereka, apabila kedua-duanya dihanyutkan arus deras. Rakan-rakan yang lain bagaimanapun selamat.

Tags: lemasPelajar Tahfiz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

05/03/2026
0

IPOH – Misteri kehilangan seorang lelaki selepas dipercayai terjatuh di Empangan Sultan Azlan Shah pada 27 Februari lalu akhirnya terungkai...

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

12/01/2026
0

Tragedi Di Sungai Kedondong Jadi Amaran Keras Kepada Orang Awam IPOH – Seorang lelaki berbangsa India berusia lingkungan 20-an disahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd