• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nur Menang Besar Di DFKL 2019

oleh
08/04/2019
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Drama rantaian Nur mendominasi malam anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019 dengan membawa pulang enam anugerah daripada 10 kategori yang dipertandingkan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Drama terbitan Radius One itu mencatatkan kemenangan dalam kategori Penulis Skrip Pilihan, Pengarah Pilihan, Kategori Pasangan Pilihan, Kategori Antagonis Pilihan, Kategori Aktor Pilihan dan Kategori Drama Pilihan.

Pengarahnya, Shahrulezad merangkul dua anugerah menerusi Pengarah dan Penulis Skrip Pilihan, manakala teraju utama drama itu Syafiq Kyle yang menjayakan watak sebagai Ustaz Adam turut membawa pulang dua anugerah menerusi Pasangan Pilihan serta Aktor Pilihan.

Azhan Rani pula merangkul anugerah kategori Antagonis Pilihan manakala Amyra Rosli sekadar berpuas hati dengan trofi Pasangan Pilihan.

Sharulezad berkata, kejayaan drama Nur merupakan usaha sama kesemua pihak yang menjayakan drama berkenaan dan tidak sangka menerima sokongan peminat biarpun hampir setahun telah berlalu.

“Saya terharu dan terkejut dengan sokongan peminat drama ini yang menyumbang kepada kejayaan Nur pada malam ini. Anda semua adalah keluarga Nur pada malam ini,” katanya.

Antara selebriti yang turut mengungguli kategori utama pada malam ini ialah pelakon, Janna Nick yang memenangi trofi Aktres Pilihan menerusi drama Semerah Cinta Humairah.

Kemenangan Janna Nick itu sekali gus mempertahankan kemenanganya menerusi kategori yang sama pada penganjuran DFKL musim lalu dan pada tahun 2016.

“Saya tidak sangka untuk menang pada malam ini kerana Nur banyak mengungguli hampir kesemua anugerah. Saya terkejut dengan kemenangan pada malam ini kerana menyangkakan trofi berkenaan milik Amyra Rosli,” katanya.

Turut membuat kejutan ialah kemenangan Haqiem Ruslie dan Aman RA yang merangkul anugerah Lagu Pilihan menerusi lagu Jatuh Bangun sekali gus mengenepikan lagu epik nyanyian Misha Omar bertajuk Sampai Bila.

Bagi kategori Drama Pendek Pilihan dimenangi oleh Orang Kita dan Nelayan Siblings manakala Drama Rantaian Bahasa Cina dimenangi oleh My Sensei Nyonya. – K! Online

Tags: DFKL 2019dramaNUR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RUU355 Dijangka Dibentang Di Parlimen Tahun Ini – Mohd Na’im

Polis Siasat ‘Drama’ Pasangan Kekasih Warga Asing Tepi Kolam

18/02/2024
0

SUBANG JAYA - Tindakan seorang lelaki menarik rambut dan mengheret kekasihnya ke dalam kolam renang di sebuah kondominium di Jalan...

Drama PRU-15

Drama PRU-15

17/10/2022
0

Rakyat perlu berwaspada dengan 'drama' yang direka oleh lawan Barisan Nasional (BN) menjelang PRU-15. Ikuti Mynewshub: Telegram Kelicikan lawan BN bermain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd