• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Pertahan Pelaburan Felda Dalam Eagle High

oleh
09/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAJIB Razak pertahankan pelaburan Felda dalam syarikat Indonesia, Eagle High Plantations TBK (EHP), dan mendesak kerajaan mendedahkan perjanjian yang ditandatangani kedua-dua syarikat itu.

Kenyataan ini timbul selepas Felda membuat laporan polis semalam, mendesak ia ditipu bekas perdana menteri itu supaya melabur AS$505 juta (RM2.3 bilion) dalam EHP, milik ahli perniagaan Peter Sondakh, yang dikatakan rakan karibnya.

Najib berkata dia menyeru kerajaan mendedahkan “put option” (pilihan) dalam perjanjian itu sejak awal Februari lagi, tetapi Putrajaya membisu.

Najib menjelaskan “put option” itu membolehkan Felda menjual balik 37$ sahamnya kepada EHP pada harga belian asal dengan caj faedah tahunan 6% ditanggung EHP.

“Dalam erti kata lain, kalau kita tak mahu teruskan pelaburan itu, kita boleh tuntut balik semua wang yang kita bayar bersama dengan faedah 6% setiap tahun.

“Wang yang kita bayar dahulu juga dipinjam melalui bon dengan kaedah faedah 3.85%,” katanya di Facebook.

Ini bermakna, jika EHP berjaya dan harga sawit memulih, pelaburan ini akan untung lebih banyak, katanya.

“Sebaliknya, kerajaan masih untung jika kita jual balik kerana faedah yang kita kenakan kepada mereka adalah lebih tinggi dari kos hutang kita,” katanya.

“Sebaliknya, kerajaan masih akan untung sekiranya ia menjual kembali saham itu sebab faedah kita kenakan ke atas EHP lebih tinggi daripada kos pinjaman kita,” katanya.

Maka, wang rakyat tetap terpelihara dan kerajaan tidak akan rugi, katanya lagi.

Najib berkata perkara ini menyangkal dakwaan Felda akan rugi membeli EHP.

Beliau berkata Pakatan Harapan perlu henti menipu rakyat dengan memainkan propaganda untuk menyerangnya, dan mendesak kerajaan mendedahkan kandungan perjanjian antara Felda dan EHP.

“Mengaku sahaja sebab utama Felda mengalami kerugian besar sekarang ialah kerana harga sawit jatuh sehingga di bawah kos pengeluaran selepas PRU14,” katanya.

Dalam laporannya di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Pengarah Besar Felda, Othman Omar berkata wang dibayar untuk memperoleh 37% saham dalam EHP adalah 344% lebih daripada nilai sebenar iaitu AS$114 juta.

EHP sebahagian daripada Kumpulan Rajawali milik Sondakh.

Menurut Othman, Felda mengambil pinjaman RM4.8 bilion untuk membiayai perjanjian daripada GovCo Holdings Bhd. (GovCo), anak syarikat Kementerian Kewangan yang ketika itu diketuai Najib.

“Hasil daripada pembelian RM2.3 bilion oleh Felda, ia mengalami kerugian apabila nilai pembelian itu merosot kepada hanya RM555 juta hingga bulan lepas,” katanya.

Katanya, pada 2015, Najib mengarahkan Felda, melalui syarikat tujuan khas, FIC Properties Sdn. Bhd., melabur dalam EHP selepas menemui FGV Bhd. milik Felda, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Othman berkata, perjanjian itu, yang ditandatangani pengerusi Felda ketika itu, Isa Samad, adalah “berat sebelah” dan “berisiko”, sambil menambah EHP mempunyai hutang AS$547.4 juta pada 2014 dan liabiliti AS4676.9 juta pada 2016. – FMT

Tags: Eagle High PlantationsFeldaNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

14/07/2024
1

SERDANG : Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju menyalurkan peruntukan RM100 juta kepada FELDA untuk menampung kos pengoperasian ladang...

Anwar Sangkal Muhyiddin Berkaitan Pelupusan Hutang FELDA

Anwar Sangkal Muhyiddin Berkaitan Pelupusan Hutang FELDA

08/07/2023
0

Sintok : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal dengan pendirian bahawa hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion tidak pernah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd