• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Bantu Pendidikan Anak Bekas Setiausaha Sulitnya

oleh
22/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Saksi ke-12 perbicaraan Datuk Seri Najib Razak, Manisah Othman mendedahkan dirinya mendapat bantuan kewangan daripada bekas perdana menteri itu bagi membantu membiayai anak-anaknya setelah kematian suaminya akibat kanser usus tahap 4 pada tahun 2013.

Menurutnya, allayarham suaminya telah berkhidmat dengan Najib ketika menjadi Menteri Pendidikan sebagai setiausaha sulit sebelum bekerja dengan Boustead Holdings.

Arwah suaminya kembali bekerja dengan Najib ketika menjawat Timbalan Perdana Menteri.

Manish mendedahkan, Najib telah memberikan tiga cek berjumlah RM13,800, RM9,30.00, RM29,500 bermula tahun 2013 selepas kematian suaminya.

“Datuk Seri Najib ketika melawat arwah suami di hospital Prince Court, sebulan sebelum kematian beliau telah berjanji secara lisan untuk menjaga kebajikan pendidikan kedua-dua anak saya.

“Anak bongsu saya juga mempunyai masalah komplikasi pinggang yang Datuk Seri sedia maklum.

“Alhamdulilah, Datuk Seri Najib berpegang kepada janji beliau dan telah memberikan bantuan pendidikan yang telah saya gunakan untuk membayar yuran pendidikan universiti,” ujarnya ketika di soal balas oleh peguam bela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Harvinderjit Singh di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu, sejurus selepas saksi ke-11, Abdul Munir Osman yang merupakan pemegang amanah Rumah Penyayang Tun Abdul Razak selesai memberi kenyataan, saksi seterusnya dipanggil untuk sambung perbicaraan.

Kali ini, saksi pendakwaan ke-4 di panggil semula, Pengurus Jabatan Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan BNM, Ahmad Farhan Sharifuddin untuk memberi kenyataan soal balas oleh barisan peguam belaa.

Sebelum ini Ahmad Farhan telah diminta oleh barisan pembelaan untuk membawa beberapa dokumen termasuk dokumen dipercayai mengandungi rekod perbualan antara pegawai bank Ambank, Joanna Yu dengan ahli perniagaan kontroversi, Jho Low. – MalaysiaGaztte

Tags: Najib Tun Razaksetiausaha sulitSRC International
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Tambah Kamera AWAS Di Lokasi Kemalangan

Next Post

UMNO Tidak Akan Bertanding Di PRK Sandakan

Related Posts

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

05/05/2023
0

Kuala Lumpur : Suspek skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd dicekup di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala...

SRC International: Keputusan Permohonan Kebenaran Semakan Najib 31 Mac

SRC International: Keputusan Permohonan Kebenaran Semakan Najib 31 Mac

13/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Keputusan permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan rayuan akhirnya akan...

Next Post

UMNO Tidak Akan Bertanding Di PRK Sandakan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd