• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Tak Beri Menteri Kabinet Cuti 1 Mei

oleh
30/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Tarikh 1 Mei adalah Hari Pekerja yang disambut di seluruh dunia bagi menghargai golongan pekerja dan buruh, malah ia merupakan hari cuti umum di kebanyakan negara termasuk Malaysia.

Bagaimanapun, tiada istilah ‘hari berehat’ atau cuti umum bagi menteri-menteri Kabinet Malaysia esok kerana Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi tugas kepada mereka untuk menyiapkan kertas kerja mengenai isu yang berkaitan dengan kementerian masing-masing.

Setiap menteri akan bergilir-gilir membentangkannya kepada Dr. Mahathir bermula 2 petang esok.

Perkara itu dikongsikan oleh Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran semasa sesi bertemu diaspora Malaysia di sini, malam tadi.

Anggota Parlimen Ipoh Barat itu sendiri harus menangguhkan rancangannya untuk meraikan ‘cuti rehat’ dengan isterinya yang akan datang ke Kuala Lumpur (dari Ipoh).

“Saya juga teruja (untuk menyambut Hari Pekerja). Isteri saya akan datang ke Kuala Lumpur. Selepas itu kami (merancang) untuk pulang ke Ipoh. Kami akan menghabiskan satu atau dua hari di sana dan saya akan kembali ke Kuala Lumpur.


“Beliau (Dr. Mahathir) memutuskan (perkara itu) Rabu lepas. Anda semua menghadiri perhimpunan (Hari Pekerja) dan sebagainya…selesai…berehat dua jam (kemudian) anda semua (menteri) datang ke pejabat perdana menteri,” katanya.

Untuk kementeriannya, Kula Segaran, yang mengetuai delegasi Malaysia ke Sesi Khas Menteri-menteri Tenaga Kerja ASEAN dan Persidangan Singapura mengenai Masa Depan Kerja, akan menyediakan kertas berkenaan ‘penciptaan pekerjaan’.

“Kami (menteri Kabinet) ingin mengatakan bahawa kami tidak setuju (membentangkan kertas kerja pada Hari Pekerja) tetapi pada usianya, beliau ingin sekali menyelesaikan sesuatu perkara. Kami hanya memandang antara satu sama lain dan berkata kepada Tuhan…apa yang sedang berlaku,” katanya bergurau.

Bagaimanapun dalam nada serius, Kula Segaran menyifatkan Dr. Mahathir sebagai ‘satu daripada kuasa pendorong’.

“Saya beritahu pegawai saya…pada pandangan saya beliau bekerja seperti tiga menteri sekali gus. Ada kalanya kita sering tertanya-tanya, saya rasa beliau menipu umurnya. Saya fikir beliau baru berusia 60 tahun, sangat rajin, saya tidak percaya ada orang seperti beliau,” katanya.

Tags: Hari Pekerjakula segaranMahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bekas Pegawai Khas Menteri Direman 3 Hari

Next Post

Kenapa Pekebun Kecil Getah Sarawak Tak Dapat RM600?

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

Next Post

Kenapa Pekebun Kecil Getah Sarawak Tak Dapat RM600?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd