• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LTdL 2019: Genting Beri Kegembiraan Berganda

oleh
04/04/2019
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Genting Highland tidak hanya akan kembali sebagai laluan dalam Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019, malah turut menjadi penaja rasmi edisi ke-24 perlumbaan tahun ini.

Penajaan ini menyusul selepas pusat peranginan terkemuka Resorts World Genting bersetuju untuk kembali menjadi laluan LTdL tahun ini, seterusnya memberi suntikan berganda kepada LTdL 2019 yang akan membuka tirainya pada Jumaat, 6 April 2019 ini.

Tajaan Genting Malaysia Berhad adalah dalam bentuk wang tunai serta barangan dan perkhidmatan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM1 juta.

Kerjasama antara Genting Malaysia Berhad dengan LTdL bukanlah sesuatu yang asing dengan sejarah panjang sejak 1996, yang mana syarikat tersebut telah menyumbang lebih RM13 juta kepada LTdL bagi menjayakan acara sukan antarabangsa tahunan itu.

Malah, Resorts World Genting juga telah menjadi tuan rumah bagi peringkat LTdL sebanyak 18 kali dalam sejarah penganjurannya.

Majlis hari ini turut disertai Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong yang menyaksikan simbolik pemeteraian kerjasama antara Ketua Pegawai Eksekutif Human Voyage, Datuk Ahmad Mustafa dan Naib Presiden Perhubungan Korporat & Komunikasi Genting Malaysia Berhad, Datuk Seri Kay Prakash.

“Resorts World Genting adalah satu tarikan hebat, kerana ia sudah menjadi sebutan dunia, terutama dalam kalangan pelumba yang pernah mengharungi keperitan pendakian yang mencapai ketinggian lebih 1,700 meter itu.

“Pakar-pakar mendaki terbaik dunia dari Eropah, Amerika Selatan dan Asia sendiri mengakui hakikat ini dan menyebarkan kepada dunia mengenai kehebatan Genting Highlands,” kata Ahmad Mustafa.

“Sebagai sebuah organisasi bertaraf dunia dengan operasi di seluruh dunia, Genting Malaysia berbangga dapat bekerjasama dengan perlumbaan antarabangsa berprestij seperti Le Tour de Langkawi.

“Selepas empat tahun tidak melibatkan diri dengan acara ini, kami berbesar hati untuk sekali lagi menjadi tuan rumah bagi peringkat “Queen Stage” di Resorts World Genting. Kami juga amat berbangga kerana kebiasaannya pemenang di peringkat perlumbaan Genting berkemungkinan besar berpeluang menjadi pemenang keseluruhan perlumbaan,” kata Kay Prakash.

Perlumbaan LTdL di Resorts World Genting bakal berlangsung pada Peringkat 4 pada 9 April, yang akan bermula dari Shah Alam, Selangor. Orang ramai dijemput untuk menyertai acara sampingan khususnya di lokasi penamat di Genting Highlands. – UTUSAN ONLINE

Tags: genting highlandgenting MalaysiaLTdl 2019
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelayaran Keluar Equanimity Tidak Diiringi Polis Marin

01/05/2019
0

LANGKAWI - Kapal mewah Equanimity yang dijual kepada Genting Malaysia Bhd. atau syarikat tujuan khas (SPV) milik syarikat itu pada...

Equanimity Lengkap Perniagaan Perjudian, Rekreasi Genting

04/04/2019
0

KUALA LUMPUR – RHB Research mengulangi saranan ‘beli’ ke atas Genting Malaysia Bhd. (Genting) susulan pembelian kapal mewah Equanimity membabitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd