• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lapan Terma Rujukan Bagi RCI Wang Kelian

oleh
17/04/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sebanyak lapan terma rujukan digunakan dalam sesi pendengaran awam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis yang bermula hari ini.

Pengerusi RCI tersebut, Tun Arifin Zakaria berkata, lapan terma itu antara lain menggariskan semua dokumen dan bukti berkaitan kes penemuan kes itu diteliti.

Jelasnya, selain itu, terma rujukan tersebut ialah menyiasat kejadian penemuan kem penempatan sementara dan kubur Wang Kelian serta menyiasat prosedur semasa dan selepas kejadian yang dilaksanakan pihak berkuasa.

“Terma RCI seterusnya ialah menjalankan inkuiri terhadap pegawai-pegawai penyiasat, saksi-saksi dan mana-mana individu yang difikirkan perlu.

“Selain itu, menyiasat sama ada penambahbaikan telah dilaksanakan terhadap prosedur penguatkuasaan selepas kejadian,” katanya dalam ucapan pembukaan sesi pendengaran awam RCI Wang Kelian di Kementerian Dalam Negeri di sini, hari ini.

Arifin berkata, terma rujukan RCI turut mengenal pasti implikasi terhadap negara selepas kejadian dan mengesyorkan tindakan serta penambahbaikan boleh diambil kerajaan.

“Terma ini juga ialah mengemukakan laporan siasatan kepada Yang Dipertuan Agong,” katanya.

RCI itu turut dianggotai bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai selaku timbalan pengerusi serta enam anggota RCI yang lain.

Selain itu, pendengaran RCI itu juga dibantu dua pegawai pengendali iaitu Khairul Anuar Abdul Halim dah Saiful Hazmi Mohd. Saad.

Pada Mei 2015, negara dikejutkan dengan penemuan 139 kubur dan 28 kem pemerdagangan manusia yang ditinggalkan di puncak Bukit Wang Burma di Wang Kelian yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand.

Pada 27 Januari lalu, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan, kerajaan bersetuju menubuhkan RCI bagi menyiasat isu berkenaan.

Laporan siasatan RCI itu akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.- K! ONLINE

Tags: kuburpemerdagangan manusiaRCIwang kelian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Malaysia Pulang Dari Thailand Antara 400 Mangsa Terkandas Di Wang Kelian

Rakyat Malaysia Pulang Dari Thailand Antara 400 Mangsa Terkandas Di Wang Kelian

23/11/2025
0

Kangar: Hampir 400 mangsa terkandas di Wang Kelian dekat Padang Besar, selepas berlaku runtuhan tanah di Jalan Wang Kelian, kira-kira...

Kubur Zara Qairina Digali Semula Petang Ini

Kubur Zara Qairina Digali Semula Petang Ini

09/08/2025
0

KOTA KINABALU - Proses menggali semula kubur Zara Qairina Mahathir akan dilakukan pada petang ini selepas permohonan perintah menggali kubur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd