• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes SRC: 2 Pasukan BNM Serbu AmBank Pada Hari Sama

oleh
16/04/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, hari ini bahawa dua pasukan dari BNM telah membuat serbuan di AmBank Jalan Raja Chulan, untuk mendapatkan dokumen berhubung obligasi pelaburan.

Azizul Adzani Abdul Ghafar berkata, beliau bersama pasukannya membuat serbuan dari 9 pagi hingga 11 pagi pada 16 Julai 2015 dan beliau turut berada di situ sehingga 9 malam kerana menunggu satu pasukan lagi membuat serbuan di bank itu.

Beliau bagaimanapun tidak pasti sama ada terdapat pasukan lain selain dua pasukan itu yang membuat serbuan di bangunan tersebut pada hari yang sama.

Saksi pendakwaan kedua berkenaan berkata demikian semasa disoal balas peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak pada perbicaraan bekas perdana menteri itu yang masuk hari ketiga hari ini.

Harvinderjit: Setuju dengan cadangan saya, ada satu lagi pasukan yang melakukan serbuan di bank itu pada hari sama?

Azizul Adzani: Setuju

Harvinderjit: Jadi daripada 9 pagi sehingga 9 malam, anda masih di AmBank?

Azizul Adzani: Benar

Harvinderjit: Hanya untuk dapatkan lapan folder (fail) dan tiga sampul surat?

Azizul Adzani: Lapan folder dan tiga sampul dapatkan waktu pagi. Selepas tu saya tunggu pasukan lain lakukan penggeledahan di tempat lain di AmBank.

Harivinderjit: Siapa dalam pasukan itu?

Azizul Adzani: Saya tidak ingat, tidak semua pegawai di jabatan terlibat. Kami memang akan tunggu sehingga pasukan lain di AmBank jalankan tugas.

Harvinderjit: Pada pagi itu, selain dari terima arahan berkenaan akaun, tuan juga dimaklumkan akan ada pasukan lain buat serbuat di bangunan AmBank tetapi di bahagian lain di bangunan sama?

Azizul Adzani: Setuju

Ditanya peguam itu mengenai kenderaan yang digunakan semasa melakukan serbuan itu Azizul Adzani berkata: “antara tiga atau empat buah kenderaan.”

Najib, 66, berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta.

Prosiding di Harapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali sedang berlangsung.

Tags: AMBANKBNMNajib Tun RazakSRC International
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bursa Malaysia Paling Teruk Di Dunia!

Next Post

Hati-Hati Penipuan Bonus AirAsia Big Loyalty

Related Posts

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

06/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00...

BNM Kekalkan OPR Pada 3.0 Peratus

BNM Kekalkan OPR Pada 3.0 Peratus

05/09/2024
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada...

Next Post

Hati-Hati Penipuan Bonus AirAsia Big Loyalty

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd