• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Bunuh Jong-nam: Doan Dipenjara 40 Bulan

oleh
01/04/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Wanita warga Vietnam, Doan Thi Huong, dijatuhi hukuman tiga tahun dan empat bulan penjara oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini atas pertuduhan alternatif menyebabkan kecederaan kepada abang pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam menggunakan bahan berbahaya, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Azmi Ariffin menjatuhi hukuman itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan pindaan itu.

Terdahulu, pertuduhan terhadap Doan, 30, yang sebelum ini didakwa membunuh Kim Chol dipinda kepada tuduhan yang lebih ringan iaitu mencederakan lelaki itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Iskandar Ahmad memaklumkan kepada Azmi bahawa pendakwaan telah meminda pertuduhan bunuh terhadap wanita itu menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kepada pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera.

Seksyen 324 itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan tersebut manakala Seksyen 302 memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Doan mengaku bersalah atas pertuduhan alternatif itu dan mahkamah menangguhkan prosiding sebelum menjatuhkan hukuman terhadap wanita berkenaan yang diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik.

Dia didakwa bersama-sama empat lagi yang masih bebas dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Kim Chol dengan menggunakan bahan yang berbahaya kepada tubuh badan apabila dimasukkan ke dalam saluran darah iaitu racun VX.

Wanita itu dituduh melakukan kesalahan berkenaan di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 9 pagi, 13 February 2017.

Hari ini sepatutnya Doan membela diri atas pertuduhan membunuh itu.

Ketika prosiding, Doan yang memakai skaf, kelihatan tenang dalam kandang tertuduh sambil memandang kepada beberapa lelaki termasuk bapanya dan pegawai daripada kedutaan Vietnam yang hadir pada prosiding itu.

Pada 11 Mac lalu, Mahkamah Tinggi di sini melepas tanpa membebaskan Siti Aisyah, 26, warga Indonesia daripada pertuduhan membunuh Kim Chol.

Pada Mac lalu, Doan melalui peguamnya mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara bagi mengkaji pertuduhan bunuh itu tetapi ia ditolak.

Pada 16 Ogos 2018, mahkamah memerintahkan Siti Aisyah dan Doan membela diri atas pertuduhan membunuh Kim Chol.

Sebelum ini mereka didakwa bersama empat lagi yang masih bebas membunuh Kim Chol, 45, di Balai Berlepas klia2 pada 9 pagi, 13 Februari 2017 menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tags: Doan Thi HouanKes Bunuh Jong-Nam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Bunuh Jong-nam: Doan Balik Kampung Malam Ini

03/05/2019
0

PUTRAJAYA - Warga Vietnam, Doan Thi Huong, 30, yang sebelum ini dituduh dalam kes bunuh abang kepada pemimpin Korea Utara,...

Bunuh Jong-nam: Doan Thi Huong Dibebaskan 3 Mei

13/04/2019
0

KUALA LUMPUR – Doan Thi Huong, 30, tertuduh dalam kes bunuh abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd