• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan PAS Kelantan Harap ECRL Dipanjangkan

oleh
16/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kerajaan PAS Kelantan berharap Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) di negeri ini dipanjangkan hingga ke Pengkalan Kubor, Tumpat sebagaimana perancangan asal.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, perkara itu sebenarnya sudah dipersetujui oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini demi pembangunan daerah Tumpat yang turut memerlukan pelabuhan selain pengangkutan kereta api yang baik.

Beliau berkata, laluan jajaran baharu yang diumumkan didapati berhenti setakat Wakaf Bharu sahaja dan ini sudah tentu menjejaskan perancangan kerajaan yang melihat ECRL sebagai pemangkin untuk membangunkan kawasan terbabit.

“Masalah jajaran terserahlah kepada Kerajaan Persekutuan kerana ini pun projek mereka, yang penting Kelantan masih termasuk tetapi kita lihat semalam ia terhenti di Wakaf Bharu dan tidak sampai ke Pengkalan Kubor seperti perancangan asal.

“(Laluan) yang lain dari Tok Bali apa semua hingga Terengganu masih kekal, kita mungkin kena bincang balik dengan Kerajaan Persekutuan supaya ambil kira, sebab kerajaam terdahulu sudah setuju.

“Apa yang penting kena sampai ke Tumpat, daerah ini perlukan jalan kereta api, perlukan pelabuhan, sekarang ini perkhidmatan kereta api dari Tumpat ke Kuala Lumpur pun sudah terhenti, setakat Gemas sahaja,” katanya selepas Majlis Solat Hajat dan Amanat Khas Hari Sayyidatina Khadijah (HSK) 2019 di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Mohd Amar berkata, kerajaan negeri mungkin membincangkan semula perkara ini agar diberi pertimbangan oleh Kerajaan Persekutuan.

“Saya rasa laluan itu boleh dipanjangkan lagi, kalau tidak sekarang pun pada masa akan datang,” katanya.

Tags: KelantanPASProjek ECRL
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

JDT Kuasai Pemain Termahal Di Liga Super

Next Post

Mayat Bayi Lelaki Ditemui Dalam Masjid

Related Posts

PAS Mahu Hadi Kekal Sebagai Presiden

PAS Mahu Hadi Kekal Sebagai Presiden

05/07/2025
0

KOTA BHARU: PAS mahu mengekalkan Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai presiden parti dan akan dizahirkan pada Muktamar Tahunan PAS...

Projek Tebatan Banjir Di Kelantan Disegerakan – PM

Projek Tebatan Banjir Di Kelantan Disegerakan – PM

12/04/2025
3

BACHOK: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan menyegerakan projek tebatan banjir di Kelantan bagi menyelesaikan masalah banjir yang saban...

Next Post

Mayat Bayi Lelaki Ditemui Dalam Masjid

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd