• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Pakatan Harapan Bersih, Kata Guan Eng

oleh
28/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah sebuah kerajaan bersih yang akan memastikan setiap ringgit dibelanjakan dapat dilihat hasilnya oleh rakyat tanpa berlaku ketirisan, penyelewengan, salah laku dan amalan rasuah, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, rakyat akan dapat melihat perbezaan pembangunan yang dibuat dengan bersih untuk kesejahteraan rakyat.

“Kita harap rakyat akan menikmati perubahan yang ketara ini iaitu pembangunan yang ‘bersih’,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan program tinjauan mesra bersama calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan, Vivian Wong Shir Yee di Pasar Umum, di sini hari ini.

Menyentuh mengenai pembangunan di Sandakan, beliau berkata hanya selepas peralihan kerajaan, pembangunan di bandar itu dapat dilaksanakan berbanding kerajaan sebelum ini.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, kerajaan Pusat telah meluluskan projek bagi membesarkan Lapangan Terbang Sandakan, membaiki lif Hospital Duchess of Kent yang rosak serta menaik taraf blok hospital itu.

Sementara itu, Lim menafikan pemilihan Wong sebagai calon parti itu kerana populariti penyandang kerusi itu iaitu mendiang Datuk Stephen Wong Tien Fatt.

Beliau berkata pemilihan Wong merupakan kesinambungan dan warisan perjuangan daripada mendiang bapanya yang perlu diteruskan malah beliau juga tidak asing bagi pengundi di kawasan Parlimen itu.

“Apa salahnya kita pilih seorang aktivitis yang dekat dengan rakyat dan secara kebetulan adalah anak perempuan mendiang, oleh itu sekiranya kita nak meneruskan kesinambungan perkhidmatan yang baik, saya rasa itu adalah pilihan yang baik,” kata Lim.

Tags: DAPLim Guan EngPRK Sandakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mencadangkan kerajaan melaksanakan moratorium pembayaran faedah pinjaman bank sehingga akhir tahun...

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

06/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Selepas aktivis Tamim Dahri Abdul Razak membuat permohonan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zamri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd