• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Anak Rentung Di Bilik Air, Ayah Pula Di Ruang Tamu

oleh
01/04/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Seorang kanak-kanak berusia enam tahun bersama ibu bapanya maut selepas rentung dalam satu kebakaran selepas rumah milik keluarganya di Perkampungan Nelayan, Bukit Malut, Langkawi musnah terbakar hampir 70 peratus pagi ini.

Mangsa, Mohd Naufal Mohd Nahar, ditemui rentung bersama ibunya, Nur Suhaila Ahmad, 41, dalam bilik air.

Manakala seorang lelaki yang dipercayai ayah kepada mangsa ditemui rentung seluruh badan di ruang tamu rumah terbabit.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Suprintenden Mohd Iqbal Ibrahim menjelaskan pihak bomba dan penyelamat menerima panggilan kira kira jam 6.59 pagi dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Persiaran Putra, bergegas ke lokasi terbabit bagi melakukan proses pemadaman.

Jelasnya, selepas kerja-kerja pemadaman selesai, pihak bomba berjaya menemui mayat seorang lelaki rentung sepenuhnya manakala mayat kanak kanak bersama ibunya ditemui di bilik air.

“Masa bomba sampai api memang telah marak terbakar dan kebakaran berjaya dipadamkan. Selepas bomba buat pemeriksaan mendapati ada tiga mayat rentung di dalam rumah, yang dipercayai ahli keluarga, dimana seorang lelaki ada di bahagian ruang tamu manakala wanita dan budak kecil berada di ruang bilik air di bilik utama.

“Kemungkinan (mangsa) terperangkap semasa kejadian untuk melarikan diri, boleh dikatakan seratus peratus (mangsa) lelaki itu (ayah), seratus peratus memang nampak dan perempuan tu masih nampak fizikal lagi,” kata Mohd Iqbal.

Iqbal menjelaskan kerugian serta punca kebakaran masih dalam siasatan. – Astro AWANI

Tags: kebakaranrentung
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

6 Rumah Kedai Musnah Dalam Kebakaran

6 Rumah Kedai Musnah Dalam Kebakaran

22/01/2026
0

Jitra: Enam rumah kedai di Kampung Simpang 4 Kerpan, Ayer Hitam di sini musnah dalam kebakaran, hari ini. Komander Operasi...

44 Maut Dalam Kebakaran Tujuh Blok Pangsapuri Di Hong Kong

44 Maut Dalam Kebakaran Tujuh Blok Pangsapuri Di Hong Kong

27/11/2025
0

HONG KONG - Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR), John Lee pada awal Khamis berkata kebakaran di Wang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd