• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Han Isaac Dilantik Pengerusi Finas

oleh
10/04/2019
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON, penerbit dan pengarah filem, Datuk Gerald Hans Isaac dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 8 April, demikian umum Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.

“Beliau (Hans Isaac) mempunyai pengalaman luas dalam bidang perfileman. Beliau telah menerima pelbagai anugerah dalam industri perfileman tempatan,” katanya dalam satu kenyataan berhubung pelantikan itu hari ini.

Hans Isaac merupakan Pengarah Urusan Social 360 Sdn. Bhd., sebuah syarikat yang terlibat dalam bidang keselamatan serta insurans dan pernah menjadi anggota Lembaga Penasihat Finas serta anggota lembaga Persatuan Penerbit Filem Malaysia pada 2012.

Gobind berkata pelantikan Hans Isaac berdasarkan peruntukan dalam Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 bagi menggantikan Datuk Samsuni Mohd Nor yang menjalankan tugas sebagai pemangku Pengerusi Finas selama lebih empat bulan yang lalu.

“Kementerian berharap pengerusi yang baharu ini akan berkhidmat untuk meningkatkan usaha-usaha Finas bagi membangunkan industri ini,” kata Gobind.

Beliau juga berharap anggota lembaga Finas akan memberikan kerjasama yang penuh kepada pengerusi baharu dalam melaksanakan pembaharuan berdasarkan hala tuju kerajaan.

Gobind dalam pada itu mengucapkan terima kasih kepada Samsuni untuk perkhidmatan beliau dalam menjalankan tugasan sebagai pemangku jawatan tersebut.

Tags: FinasHans Isaac
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sultan Johor Ada Kuasa Mutlak Pelantikan MB

Next Post

“Ini Janggut Rajinikanth Bukan Taliban” – KJ

Related Posts

FINAS Tiada Kuasa Heret Pelaku Cetak Rompak

FINAS Tiada Kuasa Heret Pelaku Cetak Rompak

12/07/2022
0

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tidak mempunyai kuasa perundangan untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana individu melakukan kesalahan...

Finas Sediakan Studio Merdeka Sebagai Pusat Penempatan Mangsa

19/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Susulan banjir yang melanda Lembah Kelang, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) turut menawarkan bantuan kepada mangsa bencana...

Next Post

"Ini Janggut Rajinikanth Bukan Taliban" - KJ

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd