• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gangguan Bekalan Air Hampir Pulih Sepenuhnya

oleh
26/04/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gangguan bekalan air berjadual susulan aktiviti penambahbaikan sistem bekalan air di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRASSP2) hampir pulih sepenuhnya dengan peratusan pemulihan keseluruhan berada di tahap 93 peratus.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Abdul Raof Ahmad berkata, tiga kawasan iaitu Gombak, Kuala Selangor dan Kuala Langat telah mencapai status pemulihan 100 peratus, Kuala Lumpur (89 peratus), Petaling (98 peratus) dan Klang/Shah Alam pada tahap 91 peratus.

“Manakala semua kawasan yang tersenarai dan dijadualkan pulih pada pukul 11 pagi ini telah pulih sepenuhnya seawal pukul 6 pagi tadi.

“Bantuan lori-lori tangki air digerakkan ke kawasan yang masih belum pulih dan segala tindakan perlu diambil bagi menstabilkan tekanan dan pemulihan terutama di kawasan dan premis yang berada di lokasi tinggi serta yang berada di penghujung sistem agihan,” katanya.

Abdul Raof berkata, pihaknya turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat khususnya pelanggan yang telah memberikan kerjasama dalam usaha meningkatkan perkhidmatan bekalan air dan memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami sepanjang tempoh gangguan itu.

Henti tugas LRA SSP2 yang bermula Rabu lepas menyebabkan gangguan bekalan air hingga 86 jam, melibatkan 620,835 akaun atau 4,143,465 pengguna di 577 kawasan seperti di Shah Alam, Klang, Kuala Lumpur, Petaling, Gombak, Kuala Langat serta Kuala Selangor.

Tags: Gangguan Bekalan Air
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

K-Pop: Lebih Baik Tumpu Nasib Industri Hiburan Negara

Next Post

Balu Nazrin Sedia Terima Syarat Ikat Jamin Terhad

Related Posts

Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok

Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok

10/02/2025
0

IPOH : Gangguan bekalan air yang menjejaskan 50,000 akaun pengguna beberapa kawasan di dua daerah iaitu Batang Padang serta Hilir...

Empat Kawasan Di Balik Pulau Alami Gangguan Bekalan Air Malam Ini

Empat Kawasan Di Balik Pulau Alami Gangguan Bekalan Air Malam Ini

13/12/2024
0

GEORGE TOWN - Sebanyak 3,500 akaun pengguna melibatkan beberapa kawasan di Balik Pulau di sini akan mengalami gangguan bekalan air...

Next Post

Balu Nazrin Sedia Terima Syarat Ikat Jamin Terhad

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd