• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FGV, Syarikat China Kerjasama Tanam Durian

oleh
29/04/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – FGV Holdings Berhad (FGV) hari ini telah menandatangani Perjanjian Induk (HoA) dengan PLS Plantation Berhad (PLS) di Forum Belt & Road di Beijing, China untuk membentuk usaha sama yang berpotensi dalam pembangunan perladangan tanaman jangka pendek terutamanya durian.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Haris Fadzilah Hassan berkata, kerjasama ini adalah sebahagian daripada perancangan strategik kumpulan itu untuk menambah nilai tanah-tanah tidak produktif disebabkan tidak sesuai untuk penanaman sawit dan menerokai pendapatan tambahan dengan meningkatkan peratusan tanaman jangka pendek.

Sektor Logistik dan Perniagaan Sokongan FGV turut mendapat manfaat daripada kerjasama ini, yang mana sektor ini mampu menawarkan rangkaian logistik untuk membentuk hub serantau menerusi kerjasama strategik ini.

“Menerusi HoA ini, FGV berharap untuk menerokai peluang membentuk kerjasama antara kedua-dua pihak, selari dengan cadangan PLS untuk melaksanakan Program Perladangan Durian Kebangsaan.

“Pada Ogos 2018, Kementerian Pertanian dan Asas Tani telah menandatangani protokol eksport dengan Pentadbiran Am Kastam China untuk durian segar dan sejuk beku. Ini merupakan potensi besar kepada industri durian Malaysia memandangkan China ketika ini merupakan pembeli durian terbesar dunia,” Haris Fadzilah.

PLS menerusi anak syarikatnya, Dulai Fruits telah berjaya menerokai pasaran di 10 buah negara dengan China adalah penyumbang terbesar.

Dulai Fruits mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam perladangan dan eksport durian. FGV juga boleh memanfaatkan kelebihan dan rangkaian pasaran PLS untuk mengukuhkan jenama dan produknya di China.

Tambah Haris, FGV telah mengenal pasti kira-kira 1,398 hektar tanah yang bersesuaian untuk penanaman durian secara komersial dalam skala besar.

Bagaimanapun, bagi menentukan kawasan yang benar-benar sesuai untuk penanaman durian, penyelidikan lanjut perlu dilaksanakan terutamanya melibatkan kesesuaian tanah, permukaan dan kesediaan sumber air untuk pengairan.

Tanaman jangka pendek lain yang berpotensi adalah getah, kayu Meranti, Teak dan Eucalyptus.

Durian merupakan buah yang paling banyak ditanam dan dituai di Malaysia.

Pada 2017, masing-masing sebanyak 72,391 hektar dan 35,179 hektar tanah telah ditanam dan dituai. Jumlah pengeluaran pada tahun berkenaan adalah berjumlah 210,874 tan metrik dengan nilai RM2.79 bilion.

Harga durian juga meningkat dengan stabil seiring dengan pertumbuhan permintaannya. Purata harga runcit durian adalah kurang daripada RM9 sekilo pada 2013 tetapi meningkat kepada purata RM24.80 sekilo pada 2017, meningkat lebih dari 100 peratus.

Menurut data Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, eksport durian telah meningkat secara purata sebanyak 35 peratus setahun dan bernilai lebih AS$1.1 bilion pada 2017, jauh lebih tinggi berbanding hanya AS$243 juta sedekad lalu.

Walaupun Thailand mendominasi pasaran eksport, kerajaan Malaysia telah menyasarkan untuk meningkatkan pasaran eksport sebanyak 50 peratus menjelang 2030, di mana pemain industri tempatan sedang bersedia untuk bersaing di pasaran dunia.

“Durian merupakan tanaman jangka pendek paling menguntungkan dari segi hasil setiap hektar dan FGV sasar untuk memanfaatkan permintaan tinggi China terhadap raja buah berkenaan. Kami yakin kerjasama ini akan memberi impak positif kepada prestasi kewangan FGV dan secara langsung menambah nilai kepada pemegang saham,” katanya. – MalaysiaGazette

Tags: ChinaDURIANFGV
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

06/11/2025
0

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kak CHINA, 6 November 2025 _ Satu insiden berlaku di Stesen Kereta Api Utara...

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

27/10/2025
0

BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan kesediaan memberikan bantuan kemanusiaan kepada Amerika Syarikat (AS), susulan insiden dua pesawat Tentera Laut AS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd