• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Felcra Tangguh Sementara Pinjaman Sara Hidup

oleh
02/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Felcra telah menangguhkan sementara pinjaman sara hidup kepada para pesertanya disebabkan kedudukan kewangan syarikat yang lemah.

Ia susulan kejatuhan harga komoditi dan cabaran isu legasi yang diwarisi daripada pengurusan terdahulu.

Kementerian Hal Ehwal Ekonomi berkata, penangguhan secara sementara ini hanyalah bagi pinjaman yang menggunakan sumber dalaman Felcra sahaja.

Manakala bayaran sara hidup yang menggunakan tabungan peserta seperti Bantuan Tanam Semula RISDA (BTSR), dibayar terus kepada peserta-peserta.

Pembiayaan sara hidup adalah pinjaman kepada peserta-peserta bertujuan membantu perbelanjaan bulanan apabila projek mereka tidak mempunyai hasil semasa program tanam semula.

Katanya, pembiayaan sara hidup diterima oleh peserta-peserta ini diperolehi daripada dua sumber utama iaitu sumber tabungan peserta yang diperolehi daripada Tabung Tanam Semula (TTS), Bantuan Tanam Semula RISDA (BTSR) dan bantuan MPOB.

Selain itu, pinjaman daripada Felcra, yang mana Felcra menggunakan sumber dalamannya sendiri iaitu pada kadar RM70/ekar/bulan selama 4 tahun bagi tanaman sawit dan enam tahun bagi tanaman getah dalam bentuk pinjaman yang perlu dibayar balik oleh peserta.

“Memandangkan Felcra kini berhadapan dengan keadaan kewangan yang sangat serius, maka Felcra sentiasa berusaha keras untuk mendapatkan pinjaman daripada kerajaan dan atau institusi-institusi kewangan bagi membiayai pinjaman sara hidup.

“Felcra yakin perkara ini akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat,” katanya bagi menjawab soalan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak). – MalaysiaGazette

Tags: FelcraPinjaman Sara Hidup
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Cuba Google Betul-Betul Maksud Jihad” – Ismail Sabri

Next Post

PAS Sedia Tanding PRK Parlimen Sandakan

Related Posts

Felcra Nafi Dakwaan Jual Kilang

Felcra Nafi Dakwaan Jual Kilang

10/08/2024
0

SHAH ALAM - Felcra Berhad menempelak dakwaan berhubung penjualan yang berlaku terhadap kilang di bawah kendali syarikat berkenaan kerana ia...

LKAN: Tunggakan Hutang Tak Mampu Dibayar Felcra RM312.22 Juta

LKAN: Tunggakan Hutang Tak Mampu Dibayar Felcra RM312.22 Juta

16/02/2023
0

Kuala Lumpur : Semakan audit mendapati Felcra Bhd (Felcra) mempunyai tunggakan hutang yang tidak mampu dibayar berjumlah RM312.22 juta pada...

Next Post

PAS Sedia Tanding PRK Parlimen Sandakan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd