• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DRB-HICOM Jual 11% Kepentingan Modenas Kepada Kawasaki

oleh
27/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – DRB-HICOM Bhd. menjual 11 peratus kepentingan dalam Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas) kepada Kawasaki Heavy Industries Ltd. (KHI) dengan nilai RM40.3 juta untuk membolehkan syarikat dari Jepun itu mempunyai tahap penyertaan yang lebih tinggi dalam pengurusan Modenas.

Cadangan penjualan itu akan meningkatkan kepentingan ekuiti KHI dalam syarikat motosikal nasional itu kepada 30 peratus, menurut Modenas dalam kenyataan hari ini.

“KHI turut melanggan 52 juta saham keutamaan boleh tukar (CPS) yang akan dikeluarkan oleh Modenas. Selepas ditukar, kepentingan KHI dalam syarikat itu akan meningkat kepada 48 peratus,” katanya, sambil menambah penukaran itu akan tertakluk kepada Modenas mencapai pencapaian strategik yang dipersetujui antara pihak-pihak yang berkenaan.

Kepentingan ekuiti DRB-HICOM akan merosot kepada 52 peratus berikutan pertukaran CPS.

Saham KHI yang lebih besar dalam Modenas akan menyaksikan syarikat itu mengambil bahagian secara aktif dalam operasi Modenas, kata Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Datuk Seri Syed Faisal Albar.

“Saya percaya ia akan meningkatkan fasa produk yang didorong pelanggan itu untuk Modenas, terutamanya dalam segmen ‘street bike’ dan ‘sports bike’,” katanya.

Sejak penubuhannya pada 1960, Kawasaki telah berkembang menjadi pengeluar motosikal global yang utama, dengan kilang di Amerika Syarikat, Filipina, India, Thailand dan Indonesia, selain Jepun.

Rangkaian produk paling popular syarikat itu termasuklah Ninja, Versys dan GTR.

Tags: DRB-HicomjepunKawasakiModenas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

Gempa Bumi Kuat 7.6 Magnitud Gegar Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan

Gempa Bumi Kuat 7.6 Magnitud Gegar Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 9 Disember – Jepun hari ini digegarkan dengan gempa bumi kuat berukuran 7.6 magnitud, mencetuskan panik di beberapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd