• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Daulat Tuanku! Demi Agama, Bangsa Dan Negara – TMJ

oleh
06/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Nampaknya pengumuman Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang Malaysia menarik balik penyertaan daripada Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) disambut baik Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Hal itu dapat dilihat menerusi kenyataan ringkas penuh bermakna Tunku Ismail di dalam laman Twitter rasmi beliau beberapa jam selepas Dr. Mahathir membuat pengumuman berkenaan.

“‘Long live the King’. Demi agama, bangsa dan negara. Daulat Tuanku,” kata beliau hari ini tanpa merujuk secara langsung kepada mana-mana pihak.

Tunku Ismail sebelum ini lantang mempersoalkan kewajaran penyertaan Malaysia dalam Statut Rom yang dikhuatiri boleh menggugat kedudukan Yang di-Pertuan Agong selaku pemerintah tertinggi di negara ini.

Tambahnya, kerajaan Pusat telah melakukan perkara yang tidak berperlembagaan berhubung isu ratifikasi Statut Rom di mana instrumen itu ditandatangani tanpa mendapat perkenan Majlis Raja-Raja.

Jemaah Menteri pada 12 Disember 2018 telah memutuskan supaya negara menyertai statut berkenaan.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah telah menandatangani Instrumen Kesertaan untuk Malaysia dalam statut berkenaan.

ICC telah ditubuhkan di bawah Statut Rom dan telah berkuat kuasa pada tahun 2002.

Ia merupakan mahkamah jenayah antarabangsa yang pertama berasaskan triti dengan matlamat untuk melaksanakan siasatan dan dakwaan ke atas mana-mana individu yang disyaki melakukan jenayah antarabangsa yang sangat serius seperti genosid, jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan dan jenayah pencerobohan. – UTUSAN ONLINE

Tags: Statut RomTMJTunku Ismail Sultan Ibrahim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PH Tiada Hala Tuju Bangunkan Ekonomi – Tok Mat

Next Post

Gadis Sweden Jadi Suri Hati Tengku Mahkota Kelantan

Related Posts

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

05/05/2025
0

PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan bahawa perbelanjaan kelab Harimau Selatan adalah antara yang paling rendah...

Legenda Liverpool Hargai Peluang Diberikan TMJ

Legenda Liverpool Hargai Peluang Diberikan TMJ

02/04/2025
1

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Johor Darul Ta'zim (JDT), Luis Garcia berterima kasih kepada Pemilik Harimau Selatan, Tunku Mahkota Ismail yang...

Next Post

Gadis Sweden Jadi Suri Hati Tengku Mahkota Kelantan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd