• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cukai Perkhidmatan Digital Bermula 1 Januari 2020

oleh
09/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan kini mewajibkan semua penyedia perkhidmatan digital asing untuk berdaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi memudahkan kutipan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus yang akan berkuat kuasa 1 Januari 2020.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah berkata, pendaftaran tersebut dibuka mulai 1 Oktober hingga 31 Disember tahun ini.

“Kita harapkan peserta utama, seperti Netflix dan sebagainya akan berdaftar kemudian membuat bayaran (cukai perkhidmatan) yang sebenarnya tidak tinggi berbanding kadar yang dikenakan oleh negara lain.

“Kita mencadangkan hanya enam peratus supaya ada persaingan adil antara penyedia perkhidmatan yang ada di dalam negara ini, yang memang sudah membayar enam peratus,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas berucap di Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur (KLIFF) 2019 di sini.

Semalam, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2019 bagi memastikan satu ekosistem yang seimbang diwujudkan.

Semasa pembentangan Belanjawan 2019 pada 2 November, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dilapor berkata, kerajaan akan mengenakan dan meremit cukai ke atas perkhidmatan dalam talian (digital) termasuk perisian, muzik, video atau sebarang pengiklanan digital berkuat kuasa 1 Januari 2020.

Tags: cukai perkhidmatanNetflixSpotifySST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Struktur SST Dikekalkan, Beri Impak Fiskal Lebih Pantas Kepada Kerajaan

Struktur SST Dikekalkan, Beri Impak Fiskal Lebih Pantas Kepada Kerajaan

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengekalkan struktur Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sedia ada, sambil melaksanakan penambahbaikan bagi memastikan sistem percukaian...

Kerajaan Sedia Teliti Semula Peluasan SST – Supol Menteri Kewangan

Kerajaan Sedia Teliti Semula Peluasan SST – Supol Menteri Kewangan

17/06/2025
0

IPOH – Kerajaan bersedia meneliti semula pelaksanaan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sekiranya terdapat kelompongan atau aduan berhubung pelaksanaannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd