• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Cuba Google Betul-Betul Maksud Jihad” – Ismail Sabri

oleh
02/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan tidak akan menarik balik istilah jihad yang digunakan bagi menjelaskan kerjasama UMNO dan PAS dalam memperjuangkan penyatuan orang Melayu dan Islam.

Tegas beliau, tindakan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng yang menggesanya supaya menarik balik istilah itu menunjukan pemimpin DAP sentiasa bersangka buruk terhadap Islam.

“Sudah tentu tidak (tarik balik istilah jihad). Kita belajar sesuatu DAP sentiasa prejudis dan sering mempunyai persepsi negatif dengan Islam.

“Apabila UMNO bekerjasama dengan PAS hendak mewujudkan kerajaan dan pemerintahan Taliban bermaksud Islam itu agama yang ganas,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Mengulas lanjut Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera berkata, penjelasan mengenai jihad telah dibuat dan istilah itu boleh digunakan dalam pelbagai aspek seperti ekonomi dan pendidikan.

Kata beliau, tindakan menakutkan orang bukan Islam berlaku kerana kesilapan mereka mentafsir Islam, bukan melalui hubungan dan kerjasama UMNO dan PAS.

“Cuba Google betul-betul, kalau tak nak baca buku banyak. Apa maksud jihad? Sangat jelas, jihad itu perjuangan dalam perkara baik malah jihad terhadap diri sendiri pun boleh.

“Jihad bukan perang dan tindakan dua stesen televisyen mengaitkan kenyataan saya itu untuk menakutkan orang bukan Islam,” katanya.

The Malaysian Insight semalam melaporkan Ismail Sabri berkata, perjuangan PAS dan UMNO merupakan jihad untuk menumbangkan kerajaan anti-Islam kepada kerajaan Melayu dan Islam.

Susulan daripada itu, Lip Eng menggesa Naib Presiden UMNO itu supaya menarik balik kenyataan tersebut dalam tempoh 24 jam yang berakhir hari ini dan sekiranya gagal akan menggesa polis mengambil tindakan. – UTUSAN ONLINE

Tags: Ismail Sabri YaakobjihadPASUMNO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pekerja Syarikat Logistik Maut Digilis Treler

Next Post

Felcra Tangguh Sementara Pinjaman Sara Hidup

Related Posts

UMNO Belum Terima Usul Tarik Balik Penggantungan Keahlian Hishammuddin – Azalina

UMNO Belum Terima Usul Tarik Balik Penggantungan Keahlian Hishammuddin – Azalina

23/06/2025
0

SHAH ALAM: Semua UMNO Bahagian berhak menyuarakan usul dan pandangan masing-masing termasuk berhubung penarikan semula penggantungan keahlian Datuk Seri Hishammuddin...

Usul Tarik Balik Gantung Keahlian Hishammuddin Perlu Dibawa Ke Majlis Tertinggi UMNO – Johari

Usul Tarik Balik Gantung Keahlian Hishammuddin Perlu Dibawa Ke Majlis Tertinggi UMNO – Johari

22/06/2025
0

Kuala Kangsar: Usul untuk menarik balik penggantungan keahlian UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang dibangkitkan oleh perwakilan UMNO Sembrong perlu...

Next Post

Felcra Tangguh Sementara Pinjaman Sara Hidup

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd