• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bursa Malaysia Ditutup Rendah 2 Hari Berturut-Turut

oleh
10/04/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia ditutup rendah buat hari kedua berturut-turut hari ini susulan jualan saham wajaran tinggi, bagi mengelak risiko, disebabkan oleh faktor luaran.

Pada 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.48 mata kepada 1,639.46 daripada 1,641.94 semalam, ekoran kerugian dalam saham-saham PetChem, Axiata, Malaysia Airports dan Maybank.

Indeks yang dibuka 0.11 mata lebih rendah pada 1,641.83, turun naik antara 1,635.89 dan 1,642.13 di sepanjang dagangan hari ini.

Kedudukan pasaran bagaimanapun positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 441 berbanding 371, manakala 417 kaunter tidak berubah, 640 tidak diniagakan dan 21 lagi digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 3.34 bilion unit bernilai RM2.36 bilion berbanding 3.47 bilion unit bernilai RM2.37 bilion yang direkodkan semalam.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, pasaran serantau juga kebanyakannya rendah hari ini.

“Faktor luaran terus mendominasi sentimen pasaran. Tindakan terbaru Presiden Donald Trump terhadap Eropah dalam bentuk tarif ke atas import bernilai US$11 bilion, menunjukkan perang perdagangan masih belum dapat diselesaikan.

“Ini berlaku walaupun wujud perbincangan konstruktir antara AS dan China baru-baru ini,” katanya.

Selain itu,semakan menurun dalam unjuran pertumbuhan global oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) juga menjejaskan pasaran.

IMF menurunkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dunia pada 2019 kepada 3.3 peratus berbanding unjuran sebelumnya pada 3.5 peratus yang diunjurkan pada Januari tahun ini.

“Ketegangan perdagangan semasa jelas merupakan faktor risiko utama selain rundingan Brexit yang belum pasti. Oleh itu, pengelakan risiko akan berlaku dalam tempoh terdekat,” kata Mohd Afzanizam.

Antara kaunter wajaran tinggi, PetChem susut 10 sen kepada RM9.00, Axiata turun empat sen kepada RM4.15, Malaysia Airports turun 19 sen kepada RM6.75 manakala Maybank merosot dua sen kepada RM9.28.

Public Bank menokok enam sen kepada RM22.64 dan IHH Healthcare menambah empat sen kepada RM5.60.

Antara kaunter aktif, syarikat pembinaan, Ekovest meningkat sembilan sen kepada 64.5 sen dan Iskandar Waterfront meningkat 15.5 sen kepada RM1.01 susulan kemungkinan pelaksanaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura, selepas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata Malaysia sedang mengkaji cadangan menguRangkan kos projek.

Tags: bursa malaysiaBursa Saham
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bursa Malaysia Lancar Pasaran Karbon Sukarela Akhir 2022

Bursa Malaysia Lancar Pasaran Karbon Sukarela Akhir 2022

15/08/2022
0

KUALA LUMPUR : Bursa Malaysia Bhd akan melancarkan Pasaran Karbon Sukarela (VCM) pada akhir tahun ini yang akan membolehkan syarikat...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd