• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bunuh Jong-nam: Doan Thi Huong Dibebaskan 3 Mei

oleh
13/04/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Doan Thi Huong, 30, tertuduh dalam kes bunuh abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam, akan dibebaskan pada 3 Mei ini selepas tempoh penjara tamat.

Salim Bashir, peguam yang mewakili tertuduh, berkata, pihaknya difahamkan beberapa hari lalu oleh pihak kedutaan (Vietnam) bahawa tertuduh, seorang warga Vietnam, akan dibebaskan pada tarikh tersebut.

“Dia akan dibebaskan dan keluar dari Penjara Kajang pada awal Mei depan.

“Pada hari yang sama, dia juga akan dihantar pulang ke negara asal, Vietnam.

“Keluarga Doan juga telah dimaklumkan tentang perkara ini,” katanya ketika dihubungi.

Pada 1 April lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun empat bulan ke atas Doan selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas Kim Chol menggunakan racun VX, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dua tahun lepas.

Pada 11 Mac pula, mahkamah sama melepaskan tanpa membebaskan Siti Aisyah, seorang warga Indonesia, iaitu seorang lagi tertuduh kes bunuh Kim Jong-nam.

Tags: Doan Thi HuongKes Bunuh Jong-Nam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PH Boleh Salahkan BN, Realitinya Aset TH Meningkat

Next Post

Lantikan Menteri Besar Johor Baharu Esok

Related Posts

Kes Bunuh Jong-nam: Doan Balik Kampung Malam Ini

03/05/2019
0

PUTRAJAYA - Warga Vietnam, Doan Thi Huong, 30, yang sebelum ini dituduh dalam kes bunuh abang kepada pemimpin Korea Utara,...

Kes Bunuh Jong-nam: Doan Dipenjara 40 Bulan

01/04/2019
0

SHAH ALAM - Wanita warga Vietnam, Doan Thi Huong, dijatuhi hukuman tiga tahun dan empat bulan penjara oleh Mahkamah Tinggi...

Next Post

Lantikan Menteri Besar Johor Baharu Esok

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd