• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Arun Kasi Dipenjara 30 Hari Kerana Hina Mahkamah

oleh
23/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara 30 hari dan denda RM40,000 kepada Arunachalam Kasi yang lebih dikenali sebagai Arun Kasi, selepas didapati bersalah menulis 2 artikel mengkritik satu keputusan mahkamah.

Ia turut menolak permohonan penangguhan oleh peguam, sementara menunggu semakan semula sabitan dan hukuman itu.

Ramly Ali yang mengetuai panel 5 hakim Mahkamah Persekutuan berkata, peguam itu tidak membuat sebarang permohonan maaf, walaupun ada permintaan khusus daripada mahkamah.

Katanya, panel itu juga tidak yakin dengan artikel Arun itu ditulis berdasarkan kepentingan awam.

“Adalah jelas kepada kami yang undang-undang itu dilanggar,” kata Ramly sambil menambah sebagai pegawai mahkamah, Arun perlu mendukung martabat mahkamah.

Berdasarkan keadaan itu, katanya, hukuman sewajarnya ialah penjara 30 hari mulai hari ini dan denda RM40,000 atau tambahan 30 hari penjara.

Hakim lain dalam panel itu adalah Azahar Mohamed, Rohana Yusuf, Tengku Maimun Tuan Mat dan Nallini Pathmanathan.

Arun dalam hujah tambahan kepada peguamnya, Wilson Joy Appukuttan, berkata beliau tiadk berniat menjejaskan badan kehakiman, tetapi hanya mahu pembaharuan dilaksanakan dalam Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (Malaysia).

“Saya menyesal dengan apa yang saya lakukan, tetapi saya tidak berniat memohon maaf.”

Peguam Negara, Tommy Thomas dalam penghujahan untuk hukuman berkata, beliau membiarkan mahkamah membuat keputusan, tetapi beliau memberi satu senarai kes di Malaysia dan Singapura berhubung trend hukuman bagi kesalahan menghina mahkamah.

“Sebagai penjaga kepentingan awam dan kedaulatan undang-undang, kita sudah membuktikan kes kita melampaui keraguan munasabah.” – FMT

Tags: Arun kasihina mahkamahPeguam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pihak Kuil Minta Upacara Ritual 30 Minit Setiap Hari Di Tanah Yayasan Kubra – Peguam

Pihak Kuil Minta Upacara Ritual 30 Minit Setiap Hari Di Tanah Yayasan Kubra – Peguam

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pihak kuil mahu memasuki semula tanah Yayasan Kubra bagi mengadakan upacara ritual selama 30 minit pada setiap...

Penceroboh Rancang Masuk Semula Tanah Yayasan Kubra Buat Upacara Anutan – Peguam

Penceroboh Rancang Masuk Semula Tanah Yayasan Kubra Buat Upacara Anutan – Peguam

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Terdapat pihak merancang untuk menceroboh semula tanah Yayasan Kubra dengan alasan untuk melakukan upacara anutan di tapak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd