• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ardern Wanita Berhati Waja – Sultan Nazrin

oleh
16/04/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah menyifatkan Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern sebagai seorang wanita yang berhati waja, berpendirian cekal serta memiliki sifat keinsanan dan manusiawi.

Pujian dibuat baginda kerana sikap, cara dan ketegasan Ardern mengendalikan insiden tembakan rambang ke atas masjid di Christchurch yang mengorbankan 50 nyawa pada 15 Mac lepas.

Sultan Nazrin bertitah Arden telah mempamerkan jiwa besar melalui kenyataan dan tindak tanduknya terhadap pasca peristiwa hitam tersebut seterusnya memberikan keyakinan kepada umat Islam di New Zealand bahawa keselamatan serta hak mereka beragama diberikan perlindungan.

“Beliau, Perdana Menteri New Zealand termuda sejak tahun 1850, tetapi mencerminkan kedewasaan yang luar biasa. Suara keinsanan dan pendirian tegas beliau ialah suara yang menggemakan kebenaran, pendirian berlandaskan keadilan.

“Suara beliau sewajarnya dijadikan teladan untuk digemakan ke seluruh maya, pendiriannya wajar dijadikan rujukan dalam kalangan pemimpin dunia. Kata-kata dan tindakannya memberikan wajah serta imej baharu kepada New Zealand, meletakkan warga dan negaranya dipandang tinggi lagi dihormati,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah demikian ketika merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Perak ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini. Turut berangkat Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Sultan Nazrin turut mengajak semua Ahli Dewan Undangan Negeri serta pegawai-pegawai yang hadir agar bertafakur selama seminit bagi mengingati kesemua mangsa serangan di Christchurch.

Baginda turut mengingatkan supaya rakyat negara ini menjadikan peristiwa tersebut sebagai pengajaran dengan tidak sesekali menyuntik minda dengan racun kebencian dan menyemai jiwa dengan semangat permusuhan lebih-lebih lagi atas nama kaum serta agama.

“Melalui persefahaman dan sikap saling menghormati yang diamalkan dalam kalangan warga, negara merdeka ini (Malaysia) muncul di pentas dunia sebagai sebuah negara stabil, aman, makmur dan sejahtera walaupun rakyat pelbagai kaum dan agama.

“Perbuatan oleh mana-mana juga pihak mensensasikan isu kaum, agama dikhuatiri akan menyalakan api persengketaan yang bakal membakar hangus sebuah keamanan, sebuah perpaduan, sebuah kerukunan, yang dibina oleh generasi terdahulu.

“Demi kestabilan negara, demi keharmonian hubungan antara kaum dan demi kerukunan hidup antara agama, kata-kata dan perbuatan yang boleh mencetuskan persengketaan antara kaum serta agama hendaklah dielakkan,” titah baginda.

Tags: Jacinda ArdernSultan Nazrin Muizzuddin Shah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PH Kalah Di Rantau Tak Ubah Kerajaan – Mahathir

Next Post

Lori Terbalik Beras, Bihun Bertaburan

Related Posts

Pemimpin Belia Sampaikan Khutbah Jumaat Di Perak Esok

Pemimpin Belia Sampaikan Khutbah Jumaat Di Perak Esok

18/05/2023
0

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan khutbah Jumaat di negeri ini esok bertemakan belia sempena Hari Belia Negara...

Sultan Perak Jalankan Fungsi Agong

18/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang juga Timbalan Yang di-Pertuan Agong akan menjalankan fungsi-fungsi Yang di-Pertuan...

Next Post

Lori Terbalik Beras, Bihun Bertaburan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd