• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Tentera Maut Terseret 30 Meter

oleh
05/04/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang anggota tentera yang dalam perjalanan ke tempat kerja maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu, Pulau Pinang, pagi Jumaat.

Dalam kejadian jam 7.20 pagi itu, mangsa Koperal Mohd Hider Abu Hassan, 31 tahun yang bekerja di Kem Rejimen 509, Lebuhraya Peel meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala selepas terseret 30 meter di lorong motosikal.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata siasatan mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC di lorong motosikal itu dilaporkan hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar tebing pembahagi jalan di lorong motosikal.

Mangsa yang cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat.

Setakat kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – Astro Awani

Tags: Anggota Tenterakemalangan mautmotosikal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Tujuh Anggota Tentera Termasuk Seorang Kritikal Dipukul Pegawai Tidak Tauliah Rendah (PTTR)

Tujuh Anggota Tentera Termasuk Seorang Kritikal Dipukul Pegawai Tidak Tauliah Rendah (PTTR)

02/04/2026
0

Tujuh Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR – Satu insiden mengejutkan membabitkan anggota tentera di Kem Bentong, Pahang mencetuskan perhatian apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd