• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adakah Proses Pemutihan Keputusan Rasmi Kabinet?

oleh
21/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata pihaknya kecewa dan kesal dengan kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr. Ong Kian Ming, bahawa kerajaan masih buat dan perlu terus buat cleaning-up process ke atas penjawat awam di beberapa kementerian semata-mata kerana mereka berpihak kepada kerajaan yang lalu.

Menurut beliau kerajaan perlu menjelaskan seberapa segera, apakah kenyataan Dr. Ong Kian Ming ini merupakan keputusan rasmi Kabinet dan jika benar ia keputusan rasmi Kabinet mengapakah yang membuat pengumuman mengenainya adalah seorang Timbalan Menteri, bukan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri atau Menteri!

“Kenyataan Dr. Ong Kian Ming ini menguatkan lagi persepsi di kalangan rakyat bahawa Kerajaan kini dikuasai oleh DAP kerana sejak dulu lagi pemimpin DAP diketahui tidak senang dengan penjawat awam seperti tertera dalam kenyataan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, pada 25 Oktober 2016 bahawa penjawat awam membebankan kerajaan.

“Penjawat awam, sama ada dari perkhidmatan awam am Persekutuan, angkatan tentera, pasukan polis, perkhidmatan kehakiman dan perundangan, perkhidmatan pendidikan dan perkhidmatan awam bersama adalah golongan profesional yang berkecuali dan memberi sumbangan amat besar kepada pentadbiran dan pembangunan negara.

“Kedudukan penjawat awam adalah dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan di mana Perkara 132 (2A) memperuntukkan mereka memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong manakala Perkara 135 pula memperuntukkan bahawa mereka tidak boleh dibuang kerja dan diturun pangkat secara sesuka hati,” katanya menerusi catatan di Facebook beliau.

Katanya lagi garis panduan mengenai larangan dan kebenaran ke atas penjawat awam untuk mengambil bahagian dalam aktiviti politik diperuntukkan dengan jelas dalam Seksyen 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002, tetapi mengikut Sub-Seksyen 5 tidak menjadi kesalahan untuk mereka menjadi ahli biasa parti politik.

“Kerajaan Barisan Nasional (BN) sewaktu memerintah dahulu, sudah lama menyedari bahawa sebahagian penjawat awam menjadi ahli biasa parti politik Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan serta menyokong dan mengundi Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan, tetapi BN tidak pernah menzalimi mereka semata-mata kerana pegangan politik mereka.

“Kenyataan Dr. Ong Kian Ming ini adalah bukti jelas Pakatan Harapan menzalimi penjawat awam malah seperti mahu mencabar kuasa Yang di-Pertuan Agong seperti yang termaktub dalam Perkara 132 (2A) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan penjawat awam memegang jawatan selama diperkenankan oleh Baginda.

“Kenyataan Dr. Ong Kian Ming ini sepatutnya dibuat oleh pemimpin tertinggi Kerajaan dalam satu kenyataan rasmi, bukan dibuat secara semberono oleh beliau dalam rancangan wawancara televisyen ‘Agenda AWANI’,” tambahnya.

Justeru, tambahnya lagi jika kenyataan Dr. Ong Kian Ming ini bukan keputusan rasmi Kabinet, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas kepada beliau kerana melampaui bidang kuasa diberi. – MediaUMNO

Tags: Asyraf Wajdi DusukiDAPOng Kian Mingpenjawat away
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bekas Pegawai SPAD Jadi Mangsa Penganiayaan PH

Next Post

Maszlee Jangan Jadikan BN ‘Kambing Hitam’ – Mahdzir

Related Posts

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

16/03/2025
0

SHAH ALAM: Lim Guan Eng gagal mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu,...

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

05/02/2025
0

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mempersoal tindakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil beliau susulan dakwaan kerugian RM500 juta...

Next Post

Maszlee Jangan Jadikan BN ‘Kambing Hitam’ – Mahdzir

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd