• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Syarikat Didakwa Catut Jualan Telur Ayam

oleh
16/04/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Tiga syarikat pengeluar telur ayam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan mencatut dalam penjualan telur ayam gred A, sehingga menyebabkan kenaikan peratusan margin dan tokok.

Syarikat yang dituduh iaitu LTK (Melaka) Sdn. Bhd., Chong Yee Nam Sdn. Bhd. dan Chong Wei Chit Sdn. Bhd., masing-masing diwakili pengarah syarikat, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Norma Ismail.

LTK (Melaka), didakwa mencatut dalam penjualan sebiji telur ayam gred A sebanyak 17.46% sehingga menyebabkan kenaikan peratusan margin dari 12.29% kepada 29.75%, di premis syarikat itu di Batu 11 1/2, Durian Tunggal, Alor Gajah, pada 11.15 pagi, 7 Mac lepas.

Chong Yee Nam, didakwa mencatut dalam penjualan sebiji telur ayam gred A sebanyak 12.86%, sehingga menyebabkan kenaikan peratusan tokok dari 14.41% kepada 27.27% di premis syarikat itu di No 5097, Lendu New Village, Alor Gajah, pada 2.15 petang, 13 Disember tahun lepas.

Chong Wei Chit pula didakwa mencatut dalam penjualan sebiji telur ayam gred A sebanyak 27.59%, sehingga menyebabkan kenaikan peratusan tokok dari 5.06% kepada 32.65% di premis syarikat itu di No 6592 Jalan Lendu, Alor Gajah, pada 2.30 petang, 13 Dis 2018.

Ketiga-tiga syarikat itu didakwa melanggar Peraturan 3(b) dan 3(a), Peraturan-Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan (Mekanisme untuk Menentukan Keuntungan Tinggi Tidak Munasabah) 2018 dan didakwa mengikut Seksyen 14(1) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 18(a) akta sama.

Bagi kesalahan itu, ketiga-tiga syarikat terbabit boleh dikenakan denda maksimum RM500,000 dan bagi kesalahan ke-2 atau berikutnya, didenda tidak lebih RM1 juta, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Hazril Harun dan Mohammed Heikal Ismail, manakala peguam Nahdan Rengganathan Abdullah mewakili ketiga-tiga syarikat itu.

Mahkamah menetapkan 16 Mei untuk sebutan semula kes.

Tags: mahkamahtelur ayam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

01/04/2026
0

KLANG -Tertuduh kes individu memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal didakwa di bawah...

Digari, Menangis Hingga Pengsan

Digari, Menangis Hingga Pengsan

01/01/2026
0

Wanita Tular Didakwa Hina Polis & Islam Dibawa Ke Mahkamah ALOR SETAR: Seorang wanita warga tempatan yang tular di media...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd