• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Muka Baharu Dilantik Exco Johor

oleh
22/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Johor yang baharu dilantik hari ini menyaksikan tiga muka baharu selain hampir semua portfolio distrukturkan semula.

Tiga muka baharu yang dilantik itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, Mohd. Solihan Badri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang memegang jawatan selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur.

ADUN Bukit Permai, Tosrin Jarvanthi (Bersatu) pula dilantik memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar.

Manakala, ADUN Jementah, Tan Chen Choon (DAP) pula memegang portfolio Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar.

Dua Exco digugurkan iaitu ADUN Skudai, Tang Hong Pin yang sebelum ini menjawat portfolio Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi, Tang Hong Pin serta Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan negeri yang juga ADUN Puteri Wangsa, Mazlan Bujang.

Terdahulu, 10 Exco yang dilantik mengangkat Sumpah di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Balai Mangadap, Istana Bukit Serene di sini.

Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal. – K! ONLINE.

Senarai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Johor baharu:

Dr. Sahruddin Jamal – Menteri Besar memegang portfolio Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan , Perancangan dan Pembangunan Ekonomi Johor

Aminolhuda Hassan – Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi

Sr. Dzulkefly Ahmad – Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia

Liow Chai Tung – Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Jimmy Puah Wee Tse – Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti

Mohd. Khuzzan Abu Bakar – Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan

Dr. S. Ramakrishnan – Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Sheikh ‘Umar Bagharib Ali – Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi

Tosrin Jarvanthi – Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar

Tan Cheng Choon – Pemgerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar

Mohd. Solihan Badri – Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur

Tags: DUN JohorExco Johor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dr. Sahruddin Kini Bergelar Datuk

Next Post

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS

Related Posts

Tular Hentikan Kenderaan Di Tengah Jalan, Pemandu EXCO Johor Diberi Amaran

Tular Hentikan Kenderaan Di Tengah Jalan, Pemandu EXCO Johor Diberi Amaran

24/08/2024
0

JOHOR BAHRU : Pemandu kepada seorang EXCO kerajaan negeri yang menghentikan kenderaan di tengah jalan untuk menegur seorang pemandu lain...

Belanjawan Johor 2023 RM1.731 Bilion Dilulus

Belanjawan Johor 2023 RM1.731 Bilion Dilulus

11/12/2022
0

ISKANDAR PUTERI – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini meluluskan Belanjawan Johor 2023 berjumlah RM1.731 bilion. Ikuti Mynewshub: Telegram Speaker...

Next Post

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd