• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

11 Maut Bas Terjunam Ke Dalam Longkang

oleh
08/04/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Sebelas maut apabila bas dinaiki terjunam ke dalam longkang sedalam 10 meter di Jalan S8 Pekeliling berdekatan MAS Kargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 11.10 malam itu, lapan warga asing dan pemandu bas tempatan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi mangsa warga asing meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Serdang dan Hospital Putrajaya.

Ketua Polis KLIA, Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah berkata, kenderaan berkenaan dalam perjalanan dari Nilai, Negeri Sembilan ke tempat kerja penumpang terbabit sebelum ia hilang kawalan dan terhumban dalam longkang itu.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati, bas itu membawa 43 penumpang warga asing yang juga pekerja kontrak MAS Kargo.

“Kesemua pekerja terbabit sepatutnya masuk bekerja pada shif 12 tengah malam.

“Penumpang yang cedera dihantar ke hospital di Serdang, Putrajaya, Banting dan Kajang untuk rawatan,” katanya.

Zulkifli berkata, punca kejadian masih disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – Sinar Harian

Tags: bas terjunamkemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd