• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

YouTube, Pinterest Sekat Maklumat Tidak Sahih Vaksin

oleh
02/03/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

YOUTUBE dan Pinterest kini berusaha memadam segala informasi yang bercanggah berhubung keberkesanan vaksin terutamanya dalam keadaan terkini berkaitan wabak campak yang sedang merebak di kawasan panas dihuni gerakan antivaksi di Washington, Amerika Syarikat (AS).

Menurut jurucakap Pinterest, laman web itu yang mengamalkan polisi ketidaktepatan maklumat sejak 2017 telah menghalang sebahagian besar pencarian berkaitan vaksin sejak tahun lalu selepas mendapati ia lebih menjurus ke arah maklumat yang tidak tepat.

Berdasarkan polisi tersebut, Pinterest akan menyekat segala maklumat yang tidak benar daripada laman web mereka berkaitan pencarian tersebut.

“Kami tidak membenarkan sebarang bentuk nasihat atau maklumat yang menjejaskan keselamatan dan keselamatan pelayar Pinterest. Ia merangkumi gerakan antivaksin dan penawar yang kononnya boleh merawat sakit kronik.

“Pinterest sepatutnya menjadi rujukan yang baik dan memberi inspirasi kepada orang ramai dan ketidatepatan maklumat bukan satu bentuk inspirasi,” katanya.

80 peratus golongan ibu dan 38 peratus golongan bapa di AS direkodkan kerap menggunakan Pinterest, menurut data oleh comScore pada tahun 2017.

Terkini, 65 kes telah disahkan berhubung wabak campak di Washington dan sekurang-kurangnya 57 kes diketahui melibatkan individu yang tidak menerima imunisasi.

Sementara itu, berdasarkan Fox News, YouTube turut memulakan gerakan sama dengan memadamkan iklan di video yang mempromosikan maklumat retorik berkaitan anti-vaksinasi.

“Kami mengamalkan polisi yang ketat berhubung segala promosi berkaitan maklumat antivaksin. Jika kami berjaya mengesan mana-mana video yang mengandungi maklumat tidak benar, tindakan akan diambil dan video berkenaan akan dipadamkan,” katanya. – Agensi

Tags: pinterestVaksinYouTube
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kalau Dulu Beckham, Kini Mahu Jadi Persis Victoria Pula

Next Post

Thailand Akan Dapat Perdana Menteri Muda?

Related Posts

Pharmaniaga Labur RM300 Juta Bangun Kilang Pengeluaran Insulin, Vaksin

Pharmaniaga Labur RM300 Juta Bangun Kilang Pengeluaran Insulin, Vaksin

19/09/2024
0

PUCHONG: Pharmaniaga Bhd melabur sebanyak RM300 juta bagi membangunkan kilang pengeluaran insulin, biosimilar dan vaksin pertama buatan tempatan. IKUTI CHANNEL...

Kanak-Kanak Pandu Kereta Belajar Daripada YouTube

Kanak-Kanak Pandu Kereta Belajar Daripada YouTube

13/05/2023
0

LANGKAWI - Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang memandu sebuah kereta sejauh kira-kira 2.5 kilometer (km) sebelum kemalangan di Jalan...

Next Post

Thailand Akan Dapat Perdana Menteri Muda?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd