• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita UMNO, MIC, MCA, PAS, Kimma Gesa Siasat LGE

oleh
08/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lima komponen wanita parti pembangkang hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam sebuah portal berita yang dilihat berbaur hasutan dan berunsur fitnah.

Lima komponen parti pembangkang itu terdiri daripada UMNO; MIC; MCA; PAS dan pertubuhan bukan kerajaan, Kongres India Muslim Malaysia (Kimma).

Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, pihaknya mendapati penggunaan frasa ‘pengisytiharan perang’ terhadap kaum bukan Melayu berkenaan penyatuan UMNO dan PAS itu dilihat boleh menggugat keamanan dan kehormonian kaum di negara ini.

“Walaupun perkataan itu telah diubah kepada ‘menyasarkan’ namun tindakan Setiausaha DAP itu jelas menunjukkan beliau seolah-olah sengaja membangkitkan perasaan benci serta permusuhan dalam kalangan kita yang berbilang kaum.

“Beliau sebagai menteri kabinet serta pemimpin parti kerajaan tidak sewajarnya membangkitkan perkara-perkara berkaitan isu perkauman,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, hari ini.

Noraini hadir bersama kira-kira 50 penyokong wanita dari pelbagai parti komponen pembangkang di IPD Dang Wangi pada pukul 3.30 petang serta selesai membuat laporan polis sejam kemudian.

Tambah Noraini, pihaknya menggesa Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan itu disiasat di bawah Akta Hasutan.

“Kita minta pihak polis dapat mengambil tindakan tegas serta melakukan siasatan terhadap perkara ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: Barisan NasionalDAPLim Guan EngPAS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Susah Rupanya Jadi Kerajaan, Kata Mat Sabu

Next Post

3 Didakwa Kes Hina Nabi Muhammad SAW

Related Posts

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

10/04/2025
0

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) bersedia berdepan pertembungan tiga atau empat penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

16/03/2025
0

SHAH ALAM: Lim Guan Eng gagal mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu,...

Next Post

3 Didakwa Kes Hina Nabi Muhammad SAW

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd