• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, February 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Unit Pemantau Jakim Terima 10,000 Aduan Hina Islam

oleh
13/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Unit pemantau di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerima kira-kira 10,000 aduan berkaitan penulisan menghina dan provokasi kepada agama Islam di semua platform media termasuk media sosial sejak unit itu ditubuhkan minggu lepas.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata setiap aduan yang diterima akan diteliti dan ditapis rapi terlebih dahulu bagi menentukan kesahihannya, kerana ada juga aduan yang diterima melibatkan “akaun palsu”.

“Itulah yang akan kita tapis dan kita tengok secara teliti, tapi saya kira yang lebih merisaukan ialah jumlahnya yang begitu besar dan seolah-olah menjadi-jadi. Ini adalah satu perkara yang tidak sihat,” katanya kepada pemberita di sidang media pra pelancaran Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 2019, semalam.

Ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan haram Lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sempena Hari Wanita, Sabtu lepas, Fuziah berkata sambutan hari wanita itu dicemari oleh kumpulan yang membawa agenda tersendiri.

“Ini satu perkara yang amat dikesali, seharusnya tidak berlaku dan mengapa mereka membawa agenda mereka sendiri dalam sambutan Hari Wanita. Pendirian kita di Jabatan Perdana Menteri, kita kesal perkara itu berlaku,” katanya.

Tags: agama islamHina Nabi MuhammadJakimLGBT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

01/12/2025
0

SHAH ALAM – Normalisasi budaya songsang memberi kesan besar termasuk melemahkan maruah dan integriti moral seorang Muslim serta membuka ruang...

Doktor Bedah, Timbalan Pendakwa Raya, PTD, Guru Antara Ditahan Aktiviti G*y Di KL

Doktor Bedah, Timbalan Pendakwa Raya, PTD, Guru Antara Ditahan Aktiviti G*y Di KL

29/11/2025
0

Doktor Bedah, Timbalan Pendakwa Raya, Pegawai Tadbir Diplomatik, Guru Serta Pegawai Beberapa Agensi Penguat Kuasa Antara Ditahan Aktiviti Jantan Dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd