• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Sedia Sokong Tun Mahathir

oleh
06/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

UMNO sedia menyokong Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad demi kebaikan tanah air dan manfaat rakyat.

Walau bagaimanapun, Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden parti, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sokongan itu bergantung pada situasi.

“Saya tak boleh cakap tapi bergantung situasi kalau diperlukan demi untuk kebaikan kenapa tidak?

“Itu yang saya katakan tadi kaukus pembangkang tidak bermakna kita akan membangkang, sebaliknya kita akan sokong apa sahaja polisi awam atau dasar-dasar yang hendak diluluskan untuk kebaikan masyarakat dan tanah air,” katanya.

Beliau diminta mengulas pendirian UMNO sama ada akan bertindak sama seperti PAS iaitu menyokong Dr. Mahathir jika terdapat undi tidak percaya sebagai Perdana Menteri.

Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat membentuk jawatankuasa induk UMNO dan PAS di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata, jawatan beliau sebagai Timbalan Presiden dipilih melalui pemilihan parti, bukan desakan warganet atau pihak-pihak lain.

Kata beliau, gerak kerja parti berjalan seperti biasa dan semua pihak dalam UMNO menerima baik keadaan semasa iaitu Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sedang berehat.

“Pemilihan telah dijalankan dan kita ada Presiden dan saya Timbalan Presiden. Sekarang Presiden berehat sekejap dan saya jalankan tugas beliau. Terpulang pada beliau (Ahmad Zahid) kalau bersedia nak menjalankan semula tugas,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: Mahathir MohamadMohammad hasanUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Mari kita duduk berdua dulu tentukan apa yang boleh di capai kesepakatan terutama antara UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd