• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ Lawat Pusat Rawatan Awal Pencemaran Toksik

oleh
15/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR GUDANG – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim melakukan kejutan apabila membuat lawatan di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MMPG) di sini pukul 10.15 malam tadi.

Kehadiran putera sulung Sultan Johor itu mengejutkan orang ramai dan petugas-petugas di dewan tersebut yang baru beroperasi kira-kira dua jam sebelum itu.

Kebetulan pada masa itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan negeri, Liow Cai Tung sedang meninjau pesakit dan kelancaran operasi di situ selepas pusat rawatan awal berpindah dari Dewan Serbaguna Taman Pasir Putih ke situ malam tadi.

Tunku Ismail meluangkan masa selama kira-kira setengah jam melihat operasi di stadium tersebut selain diberikan taklimat serta perkembangan semasa oleh pihak bomba, pasukan perubatan dan keselamatan lain.

Stadium tersebut dijadikan tempat rawatan awal untuk mangsa pencemaran toksik di Sungai Kim Kim yang sehingga pukul 12 tengah hari semalam sudah berjumlah 2,775 orang.

Bencana alam sekitar itu turut memaksa 111 buah sekolah rendah dan menengah selain 92 tadika dan taska ditutup di daerah ini untuk keselamatan para pelajar sekali gus sebagai langkah mencegah peningkatan pesakit. – UTUSAN ONLINE

Tags: pencemaran toksikTunku Ismail Sultan Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Arah Gabenor Bank Negara Jawab Isu Prestasi Ringgit

JDT Tak Pernah Kalah Kepada Selangor Selama 8 Tahun – TMJ

20/02/2024
0

PEMILIK Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan pencabar utama Harimau Selatan dalam saingan Liga Malaysia...

Urus JDT Ibarat Jaga 32 Bayi Kaya – TMJ

Urus JDT Ibarat Jaga 32 Bayi Kaya – TMJ

30/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Mengurus pasukan seperti Johor Darul Ta'zim (JDT) ibarat menjaga 32 bayi kaya dan 'anak manja', kata pemilik JDT,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd