• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Bunuh Jong-nam Dibawa Ke HKL

oleh
15/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suspek kes bunuh abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam, Doan Thi Huong dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) atas faktor kesihatan pagi ini.

Peguam yang mewakili suspek, Salim Bashir berkata, suspek hadir ke hospital pada kira-kira jam 9.20 pagi dengan kawalan ketat polis.

“Dia dibawa ke wad psikiatri untuk pemeriksaan lanjut berikutan faktor kesihatannya…hanya sekadar pemeriksaan kesihatan dan juga tahap mental beliau,” katanya ketika dihubungi.

Suspek yang memakai baju kalis peluru dan penutup mulut kemudiannya meninggalkan HKL dengan sebuah van Jabatan Penjara Malaysia dengan kawalan ketat polis pada kira-kira jam 10.40 pagi ini.

Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam menangguh perbicaraan kes bunuh abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam berikutan tertuduh wanita warga Vietnam tidak sihat untuk memberikan keterangannya.

Hakim Datuk Azmi Ariffin menangguhkan perbicaraan kepada 1 April selepas peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Doan Thi Huong, 30, memaklumkan bahawa anak guamnya tidak sihat secara fizikal serta mental dan memohon perbicaraan ditangguhkan.

Pada 11 Mac lalu Mahkamah Tinggi di Shah Alam melepas tanpa membebaskan Siti Aisyah iaitu seorang lagi suspek kes bunuh Kim Jong-nam.

Tags: Doan Thi HuongKes Bunuh Jong-Nam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Bunuh Jong-nam: Doan Balik Kampung Malam Ini

03/05/2019
0

PUTRAJAYA - Warga Vietnam, Doan Thi Huong, 30, yang sebelum ini dituduh dalam kes bunuh abang kepada pemimpin Korea Utara,...

Bunuh Jong-nam: Doan Thi Huong Dibebaskan 3 Mei

13/04/2019
0

KUALA LUMPUR – Doan Thi Huong, 30, tertuduh dalam kes bunuh abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd