• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sungai Kim Kim Bebas Daripada Pencemaran Sisa Toksik

oleh
19/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR GUDANG – Lokasi utama pencemaran toksik di Sungai Kim Kim di sini diisytiharkan selamat dan bebas daripada pencemaran toksik yang menjejaskan lebih 4,000 penduduk sekitar.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata, namun pemantauan akan dibuat dalam tempoh 15 hari akan datang.

Katanya, jarak Sungai Kim Kim sejauh 1.5 kilometer yang tercemar sebelum ini juga diisytiharkan selamat.

“Kerja pembersihan oleh kontraktor dilantik bermula pada 13 Mac lalu dan tamat pada 17 Mac, kini yang tinggal adalah kerja membawa keluar sisa pencemaran ke kilang untuk dilupuskan.

“Sebanyak 900 tan metrik tanah dan 1,500 tan metrik air yang tercemar telah dibersihkan ekoran pencemaran toksik di sungai ini,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di lokasi utama pencemaran toksik Sungai Kim Kim, di sini sebentar tadi.

Tambah Bee Yin, bagi meyakinkan masyarakat khususnya penduduk setempat bahawa kawasan ini bebas pencemaran toksik, pihaknya akan membuat pemantauan tanpa memakai peralatan keselamatan. – K! ONLINE

Tags: pencemaran toksiksungai kim kim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perbicaraan Tertuduh Cemarkan Sungai Kim Kim Bermula

03/12/2019
0

JOHOR BAHRU - Prosiding perbicaraan kes pembuangan sisa toksik ke Sungai Kim Kim bermula di Mahkamah Sesyen di sini, hari...

Mayat Lelaki Ditemukan Di Sungai Kim Kim

08/11/2019
0

JOHOR BAHRU - Mayat seorang lelaki tanpa identiti dalam keadaan mulai kembung ditemukan di dalam Sungai Kim Kim, berhampiran sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd