• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Johor Titah MB Tubuh Jawatankuasa Khas

oleh
14/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR GUDANG – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah supaya Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengenal pasti beberapa perkara dalam menangani isu pencemaran sisa kimia.

Baginda Tuanku bertitah, jawatankuasa tersebut juga perlu merangka satu prosedur operasi standard (SOP) kelak perlu dipatuhi oleh semua pihak bagi memastikan kejadian seperti itu tidak berulang di Johor.

Titahnya, perkara lain yang perlu diutamakan juga adalah pembangunan sistem amaran awal sekiranya berlaku pencemaran udara mahupun air.

“Dengan adanya sistem berkenaan, sekiranya berlaku apa-apa pencemaran sama ada di udara atau air, maka pihak berkuasa dapat memberi amaran awal kepada penduduk.

“Pada masa sama, penduduk juga dapat membuat persiapan awal, manakala pasukan kecemasan atau pihak berkuasa dapat bergerak lebih awal,” titah baginda kepada Royal Press Office seperti dipetik dari Facebook rasminya Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di sini, hari ini.

Terdahulu, Sultan Johor berkenan berangkat ke Hospital Sultan Ismail (HSI) melawat mangsa-mangsa pencemaran sisa kimia yang sedang mendapatkan rawatan.

Sultan Johor bertitah, demi mengutamakan keselamatan rakyat, baginda berkenan mengurniakan sumbangan peribadi berjumlah RM1 juta.

“Oleh demikian, saya mahu jawatankuasa khas diwujudkan segera dan memberi penekanan kepada perkara-perkara yang telah saya tegaskan sebelum ini,” titahnya. – Sinar Harian

Tags: pencemaran toksikSultan IbrahimSultan Johor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perintah Berkurung Remaja Belum Sesuai Dilaksanakan

Next Post

Suspek Buang Sisa Kimia Disoal Siasat Polis

Related Posts

Sultan Ibrahim Berpendirian Tegas, Berani

Sultan Ibrahim Berpendirian Tegas, Berani

03/02/2024
0

ISKANDAR PUTERI : Kepimpinan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang dikenali sebagai Raja berpendirian tegas dan berani, mampu menjadi pemangkin...

Hukuman Penjara Najib Razak Dikurangkan Separuh Daripada 12 Kepada 6 Tahun, Kata Sumber Rasmi

Sultan Ibrahim Lafaz Sumpah Jawatan Yang Di-Pertuan Agong Ke-17

31/01/2024
0

Kuala Lumpur: Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini selamat melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam upacara...

Next Post

Suspek Buang Sisa Kimia Disoal Siasat Polis

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd